Friday, November 26, 2010

Fiq Mentor Merokok Untuk Sedapkan Suara??

halo halo, beyonce di sini..hakhak

ROKOK BOLEH SEDAPKAN SUARA BILA MENYANYI??

itulah yang dilakukan oleh FIQ Mentor neh... org lain punyalah minum air suam, makan kuning telur, minum air asam jawa nak jaga suara bila nyanyi tapi Fiq HISAP ROKOK na bagi sedap suara..

hukhukhukhuk.....bahaya lahhh!!

nnti lagi xsedap sora tu baru tau...

[gambar dari google]

-PETIKAN DARI HARIAN METRO-

ARTIS selalu disebut mampu menjadi contoh kepada masyarakat kerana mereka diminati dan disanjung peminatnya.
Itu sebabnya apa saja yang dibuat artis, menjadi ikutan peminat terutama remaja.

Malangnya, apa yang dipaparkan artis sekarang ini cukup membimbangkan. Artis lelaki suka pakai mekap dan ingin menjadi wanita manakala yang perempuan pula mahu nampak kasar hingga bangga digelar tomboi.

Lebih menakutkan, berita artis ditangkap kerana dadah dan khalwat. Ini cukup membimbangkan kerana berita ini selalu kita dengar akhir-akhir ini. Selalunya perkara ini hanya kita ketahui apabila mereka kena tangkap memandangkan tiada seorang artis pun akan mengaku mereka ambil dadah atau tinggal serumah dengan pasangan tanpa nikah. Namun kenyataan berani bintang muda yang dilahirkan dari program Mentor, Fiq sebagaimana yang disiarkan dalam sebuah laman sesawang hiburan, cukup mengejutkan. Mana tidaknya, Fiq mengaku bahawa tabiat merokok banyak membantu memantapkan vokalnya.

Dengan bangga juga, Fiq mengatakan sebelum bergelar penyanyi dia tidak merokok, tetapi mula mengenali rokok kerana bosan menunggu rakaman lagu atau persembahan. Ternyata langkahnya itu memberi kesan positif kepada suaranya.

Tidak tahu SS hendak kata apa selepas membaca cerita ini. Takut pula ramai remaja selepas ini akan kata mereka hisap rokok sebab mahukan suara ‘sedap’ macam Fiq.





Ketika kerajaan giat berkempen jangan merokok, siap buat iklan paparkan cerita sedih di kaca televisyen dan iklan ngeri pada kotak rokok, ada pula artis kita yang bangga dengan tabiatnya merokok.

Namun nak salahkan artis itu pun tidak patut juga. Patutnya kenyataan yang dengkil begitu tidak seharusnya disiarkan untuk tatapan umum. Tapi mungkin juga kerana mahu ‘mengaibkan’ artis itu sendiri dengan menyerlahkan lagi komen pendel akalnya itu. Entahlah?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Jom Tukar Link::

KLIK INI UTK KONGSI LINK BLOG ANDA!!

JOM FOLLOW