Saturday, November 20, 2010

Review: Filem 2 Alam terbitan Dr Rozmey


Sedikit Sinopsis filem 2 Alam

Mengisahkan seorang PONDAN yang dah siap convert jadi fully woman telah meninggal dunia kerana membunuh diri. Adam atau nama pondannya, Amy yang juga seorang artis popular membunuh diri kerana tekanan yang diterimanya.
Adam, atau Amy terlalu taksub hidup dalam dunia penuh kemaksiatan’nya walau sebelum dia menjadi seorang “wanita jadian”, dia adalah seorang pelajar yang bijak dan pandai mengaji Al-Quran. Kehidupan kemaksiatan Amy dan teman lelakinya berterusan hinggalah pada suatu hari, Amy dirogol bergilir-gilir oleh 3 lelaki dan akhirnya berita tersebut telah sampai ke telinga pihak media dan tersebar seluruh negara. Itu yang membuatkan Amy menjadi buntu dan nekad membunuh diri.
Filem ini diselang-seli dengan flashback semasa hayat dan semasa mati’nya. Semasa hayatnya, dapat dilihat kehidupan Amy yang penuh sosial dan ketika mati, ditunjukkan azab dan seksaan semasa mayatnya ingin di bawa ke kubur. Macam yang kita selalu nengok dalam drama (even drama jauh lebih baik penyampaiannya.

Apa yang best dengan filem 2 Alam

- Pengajaran yang disampaikan walaupun ianya agak lame!
- Cara kawalan kamera yang patut dipuji.
- Editing yang boleh dipuji di sesetengah bahagian.
- Sound effect yang agak mantap.
- Pelakon baru yang hebat membawa watak masing-masing.

Apa yang tidak best dengan filem 2 Alam

- Satu perkara yang paling kami benci dan mampu membuatkan korang blah terus dari panggung wayang tu adalah flashback yang ada dalam cerita ni. Boleh dikatakan flashback scene-scene yang sama kerap sangat dilihat dan menutup segala yang menarik yang ada dalam cerita ini. Ianya juga dilatar-belakangkan dengan dua lagu iaitu Salam Terakhir dan juga Andai ku Tahu (nyanyian semula Amy Search dan Ramli Sarip). Ianya menjadikan filem ini TERAMAT-AMAT membosankan dan menjadi sebab utama kenapa filem ini dikatakan INDAH KHABAR DARI RUPA!
- Plot cerita memang merepek. Kejap bincang kahwin dengan orang lain, tiba-tiba masa kahwin dah dengan orang lain pula.

Artikel ini diambil dari JUSTKHAI.COM untuk baca cerita yang lebih menarik pasal review filem ni boleh baca di sini ..

SHELLY PUN BELUM TGK LAGI FILEM NI......EMMM

Note: Dr Rozmey juga memadam komen-komen kritikan membina yang dikirimkan di fanpage’nya. Yang dia mahu hanyalah komen menjilat punggungnya sahaja. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Jom Tukar Link::

KLIK INI UTK KONGSI LINK BLOG ANDA!!

JOM FOLLOW