Sunday, November 28, 2010

Sinopsis Filem Janin






Sinopsis:

Janin mengisahkan kehidupan penduduk di sebuah kampung nelayan yang hidup dengan aman damai. Cerita bermula dengan ramai penduduk kampung selalu kehilangan duit mereka. Tetapi mereka tidak mengetahui siapa yang mencuri wang mereka. Sehinggalah beberapa orang kampung terserempak dengan pencuri kecil bernama Esah.


Esah, seekor toyol selalu mengunjungi keluarga Sutera isteri kepada nelayan bernama Hashim tanpa mereka sedari. Mereka mempunyai tiga orang anak yang masih kecil. Kunjungan Esah ke rumah Sutera terlalu kerap membuatkan hasil pencurian berkurangan. Ini membuatkan pembela Esah menjadi marah kerana hasil kecurian semakin berkurangan.

Esah dimarah oleh pembelanya dan enggan diberi makan. Esah yang dahagakan kasih sayang telah membunuh orang yang membelanya. Tanpa tuan, Esah menjadi ganas dan telah menyerang penduduk kampung dan banyak kejadian negeri telah berlaku. Orang - orang kampong telah berpakat dan mula bertindak untuk menangkap Esah, tetapi tidak berhasil. Dengan tidak disangka mereka mendapat kejutan apabila mendapat tahu tentang hubungan antara Esah dan Sutera.

Lakonan Eja, Hairie Othman dan Airis Yasmin.

Janin Syarikat Penerbit : Primeworks Studios Sdn Bhd (Formelly known as Grand Brilliance Sdn. Bhd.)     Bahasa : Bahasa Melayu 
kategori : Filem Cereka 
Genre : Seram 
Klasifikasi : 18SG 
Tarikh Tayangan : 23 Disember 2010 
Durasi : 110 min 
Audio : Stereo
Format : 35mm

Info : Sinemamalaysia

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Jom Tukar Link::

KLIK INI UTK KONGSI LINK BLOG ANDA!!

JOM FOLLOW