Sunday, November 28, 2010

Sinopsis Filem Janin






Sinopsis:

Janin mengisahkan kehidupan penduduk di sebuah kampung nelayan yang hidup dengan aman damai. Cerita bermula dengan ramai penduduk kampung selalu kehilangan duit mereka. Tetapi mereka tidak mengetahui siapa yang mencuri wang mereka. Sehinggalah beberapa orang kampung terserempak dengan pencuri kecil bernama Esah.


Esah, seekor toyol selalu mengunjungi keluarga Sutera isteri kepada nelayan bernama Hashim tanpa mereka sedari. Mereka mempunyai tiga orang anak yang masih kecil. Kunjungan Esah ke rumah Sutera terlalu kerap membuatkan hasil pencurian berkurangan. Ini membuatkan pembela Esah menjadi marah kerana hasil kecurian semakin berkurangan.

Esah dimarah oleh pembelanya dan enggan diberi makan. Esah yang dahagakan kasih sayang telah membunuh orang yang membelanya. Tanpa tuan, Esah menjadi ganas dan telah menyerang penduduk kampung dan banyak kejadian negeri telah berlaku. Orang - orang kampong telah berpakat dan mula bertindak untuk menangkap Esah, tetapi tidak berhasil. Dengan tidak disangka mereka mendapat kejutan apabila mendapat tahu tentang hubungan antara Esah dan Sutera.

Lakonan Eja, Hairie Othman dan Airis Yasmin.

Janin Syarikat Penerbit : Primeworks Studios Sdn Bhd (Formelly known as Grand Brilliance Sdn. Bhd.)     Bahasa : Bahasa Melayu 
kategori : Filem Cereka 
Genre : Seram 
Klasifikasi : 18SG 
Tarikh Tayangan : 23 Disember 2010 
Durasi : 110 min 
Audio : Stereo
Format : 35mm

Info : Sinemamalaysia

Bertudung Tidak Semestinya Menutup Aurat (HOT !)

*dipetik sepenuhnya dari http://wanitamelayuseksa.blogspot.com

Mereka Wanita Melayu Beragama Islam.....Tetapi Pakaian Mereka Menyeksakan Mata...

Blog ini diwujudkan sebagai kempen untuk membetulkan tanggapan dan idea anak-anak gadis, makcik-makcik, para suami dan para ayah di Malaysia mengenai konsep aurat wanita Islam yang sebenar-benarnya. Diharapkan supaya teguran dan gambar -gambar contoh di sini dapat dijadikan pengajaran dan sempadan agar wanita-wanita Islam kita menjauhkan diri diri memakai pakaian-pakaian yang melanggar adab wanita Islam terutama sekali jarang, ketat dan sendat. Diharapkan blog ini mampu membawa perubahan walaupun sedikit. Amin.
Sebelum tu, kita layan dlu vid ni..best dan kelakar!
on youtube: http://www.youtube.com/watch?v=WOlSSnVeCmc&feature=player_embedded#!
**Gambar-gambar yang dipaparkan di blog ini dicari secara rambang di ruang-ruang internet untuk dijadikan contoh memperkukuhkan mesej blog ini semata-mata.

Bertudung Tidak Semestinya Menutup Aurat (HOT !)

1. Baca ini dan fahami ini dahulu.
Sabda Rasulullah s.a.w. :

"akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan." (sokhih bukhori)


2. Fikir dan ingat kembali wanita-wanita Melayu Islam baik muda atau tua yang pernah anda lihat di majlis-majlis kenduri kahwin hinggalah ke pusat membeli belah. Bagaimana pakaian mereka ? Pernah tak anda ternampak wanita Islam yang berpakaian seperti yang disebutkan di dalam sabda di atas ??

Sudah tentu ramai bukan ?? Begitulah wanita Islam akhir zaman.

..................................................................................................................

Wanita Melayu Islam yang tidak risau, tidak takut dan tidak malu untuk tidak bertudung, memakai pakaian jarang, sendat dan ketat mempunyai beberapa alasan yang BENGONG untuk membolehkan perbuatan mereka diterima akal:

1. Tutup aurat semua, sudah pasti masuk syurga ke..? Kamu Tuhan ke..?
2. Tudung labuh pun buat dosa mengumpat orang. Walau kami pakai (seksi), hati kami baik...
3. Pakai jarang ke...ketat ke...itu hak kami. Kalau tak suka, (lelaki) jangan tengok..!!
4. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang pada individu yang memandang kami. Seksi itu subjektif..
5. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa..
6. Salah ke kami pakai macam ni. Tutup aurat itu bagus. Tapi kami tak mahu jadi hipokrit. Ini adalah diri kami yang sebenar...
7. Suka hati kamilah pakai macam ni. Kami tidak ganggu hidup orang lain...
8. Apa yang kami buat (pakai) adalah antara kami dengan Tuhan..
9. Ini fesyen... tak salah mengikut fesyen...takkan kita mahu ketinggalan zaman..
10. Kami pakai (seksi) macam ni mengikut arahan photographer/ pengarah filem untuk menyesuaikan dengan scene..
11. Bukan kami tidak mahu menutup aurat, cuma masanya belum sampai lagi...tunggu dulu..


Apa macam ? BENGONG tak alasan-alasan wanita sebegini ?

......................................................................................................................

Satu fakta menarik yang perlu sentiasa diingat mengenai tubuh badan wanita. Renung-renungkan soalan-soalan ini.


1. Kenapa wanita sering dijadikan ekploitasi seks di seluruh dunia ?
2. Kenapa wanita sering dikaitkan dengan simbol seks ?
3. Kenapa filem dan gambar lucah lebih memfokuskan kepada wanita ?

4. Kenapa Islam sejak dari dahulu sangat-sangat menjaga kehormatan tubuh badan wanita melalui konsep AURAT ?
5. Kenapa Hawa diciptakan untuk Nabi Adam ?
6. Kenapa wanita diciptakan untuk lelaki ?
7. Apa yang istimewanya tubuh badan wanita yang begitu mempengaruhi nafsu lelaki ?


Itulah kelainan wanita. Hampir keseluruhan tubuh badan wanita mampu merangsang nafsu seks lelaki. Betis dan peha mereka menggoda, punggung serta kemaluan mereka menggoda, pusat dan dada mereka menggoda, wajah cantik mereka memukau jiwa. Ketahuilah bahawa perkara pertama yang lelaki mahukan pada diri wanita adalah seks.

Maka pada akhir zaman ini, timbullah isu BERTUDUNG TETAPI TELANJANG. Mereka mengaku berpakaian, tetapi pakaian mereka menampakkan bayangan dan bentuk bahagian tubuh badan mereka yang wajib dilindungi
..............................................................................................................................

Contoh-Contoh KeBENGONGan Wanita Bertudung Di Malaysia.
-bertudung tetapi pakaian yang lain menaikkan nafsu
-bertudung untuk cukup syarat sahaja

TUDUNG TETAPI KAIN BELAH



Menampakkan betis yang putih melepak apabila berjalan berlenggang-lenggok.
Apa gunanya bertudung ?


Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita pakai kain lapang yang labuh menutup keseluruhan kaki mereka.



TUDUNG TETAPI BAJU SENDAT



T-shirt yang dipakai mereka sangat sendat hingga mengikut bentuk pinggang dan dada mereka. Bentuk payudara mereka pun boleh nampak jelas. Apa gunanya bertudung ?

Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita pakai baju yang lapang dan longgar supaya bentuk pinggang dan payudara mereka tidak kelihatan jelas.



TUDUNG TETAPI BAJU KURUNG/ KEBAYA JARANG



Pakai baju kurung yang jarang di luar, kemudian pakai anak baju@singlet yang seksi di dalam. Lengan dan bahagian atas dada mereka boleh nampak. Di majlis kenduri kahwin dan hari raya, ramai wanita Islam pakai sebegini. Apa gunanya bertudung ?

Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita memakai pakaian yang diperbuat daripada fabrik yang lebih tebal supaya tidak tembus dalam.



TUDUNG + BAJU KURUNG / KEBAYA KETAT



Mereka tempah dan pakai baju kurung atau kebaya sealak-alak badan, betul-betul exactly mengikut saiz badan sendiri. Tidak longgar sedikit pun. Bila berjalan dan duduk boleh nampak bentuk betis, peha, punggung dan dada mereka akibat terlalu sendat. Apa gunanya bertudung ?

Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita memakai baju, kain dan seluar yang lapang dan longgar supaya lebih mudah bergerak, di samping memelihara maruah.



TUDUNG TETAPI BAJU SENDAT + SINGKAT


Sudahlah pakai T-shirt yang sendat, singkat pula tu. Hanya di atas paras punggung mereka. Bila berjalan dan berdiri boleh nampak bentuk bulat punggung mereka. Apa gunanya bertudung ?

Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita melabuhkan baju mereka sehingga bawah paras punggung supaya dapat melindungi bentuk punggung mereka dari dilihat jelas oleh lelaki.

Lirik lagu Jangan Bertengkar Lagi - Kangen Band




Lirik lagu Jangan Bertengkar Lagi - Kangen Band

Sadarkah kekasih kelakuan kamu
Sungguh sangat menyiksa aku
Padahal ku beri apa yang kau mau
Tapi kau tak mengerti aku

Sakitnya hatiku
Dengan semua caramu
Bila kau terus begini
Nanti ku bisa pergi

Aku mohon sayangilah
Diriku di dalam hidupmu
Dan kamu jangan kasar-kasar lagi
Dengarlah pujaan hati

Aku mohon mengertilah
Kita Jangan Bertengkar lagi
Hadapi semua dengan dingin hati
Dengarlah pujaan hati

Sakitnya hatiku
Dengan semua caramu
Bila kau terus begini
Nanti ku bisa pergi

Aku mohon sayangilah
Diriku di dalam hidupmu
Dan kamu jangan kasar-kasar lagi
Dengarlah pujaan hati

Aku mohon mengertilah
Kita Jangan Bertengkar lagi
Hadapi semua dengan dingin hati
Dengarlah pujaan hati

Aku mohon mengertilah
Kita Jangan Bertengkar lagi
Hadapi semua dengan dingin hati
Dengarlah pujaan hati



Saturday, November 27, 2010

Sapa suka korek hidung dan calit kat dinding??

 dah jadi tabiat sesetengah manusia ni yang suka korek hidung pastu calit merata2... ada yang suka calit kat orang, kat dinding, kat tempat2 tersorok dan yang paling pengotor adalah MAKAN TAHI HIDUNG...!!

haha..!!

memang xdinafikan lagi tabiat mengorek hidung neh sebenarnya 'tidak indah dipandang' oleh masyarakat...
yela tetiba kalau kita tgh makan n ternampak org lain tgh korek hidung, mau nak muntah masa tuh jugak kan...
haaa...



tgh2 search kat tenet pasal korek hidung, tetiba ada fakta neh lak... baca baca..

:: PENGOREK HIDUNG ADALAH ORANG YANG KREATIF DALAM HIDUP

:: PENGOREK HIDUNG TEGAR ADALAH MEREKA YANG BIJAK MENYELESAIKAN MASALAH

:: KANAK-KANAK YANG SUKA KOREK HIDUNG TIDAK USAH DITEGUR, KERANA ITU MENUNJUKKAN SIFAT EKSPLORASINYA. jari-jemari yang menelusuri lobang2 hidungnya mencari 'bijih timah' itu memanifestasikan kemahiran kendirinya dalam mencari ruang2 penyelesaian kepada setiap permasalahan yang dihadapinya kelak (?)

:: ni lagi best, DAH KOREK, MAKAN PULAK TAHI HIDUNG TU SEBAB IANYA BERKHASIAT!!This is about a doctor in Australia, he found out eat the residue in the nose after u drag it out may improve your health. The residue can improve the lymphatic system and the experiment had prove that people who use finger to drag the things out are more healthy and they are more happy. Our nose act like a filter, it collect a lots of bacteria, when this bacteria reach to stomach and intestine area it become certain that of medicine.The doctor had advice to encourage the children to build this behavior which drag the residue and eat (sumber: http://koffeewithkiru.blogspot.com/2010/02/eat-your-nose-shit-it-can-improve-your.html)


[klik gambar utk lebih jelas]

kalau betul pun berkhasiat, ada yang sanggup nak masukkan tahi hidung yang xberapa indah dan xberapa lazat itu ke dalam mulut??....eeeuuuuuuwww!!


haaa.....femes sungguh tahi hidung ni sampai dalam fb pon ada fanpage gini...
so SAPA SUKA KOREK HIDUNG pergi cepat like kat SINI ..
yela mana tau dapat RM 100 ke mcm page tu tulis...

so mula dari sekarang latih kan diri utk korek hidung dan kumpul sebesar yang mungkin..hahahhaha


fuh fuh fuh...semangat sungguh dia korek kan yela nak dpt seratus neh....
heheh

^_^

Banjir di Kedah : - Bkn kerana hujan @ air dari Hatyai, tp pembinaan landasan keretapi berkembar oleh GAMUDA jadi penyebab?

Tolong habag mai tang mana Kerajaan Negeri ‘lepas tangan’ isu banjir?
Petikan ini adalah terus dari Pejabat Menteri Besar Kedah
Sumber: http://wartakedah.net/index.php?option=com_docman&task=doc_details&gid=14&Itemid=57&lang=ms
 WARGA KEDAH WAJIB BACA OK!

Berikut adalah transkrip penuh penjelasan oleh YAB Menteri Besar Kedah berhubung isu banjir.
UNTUK makluman, Kerajaan Negeri sudah menyalurkan bantuan pada hari pertama banjir dengan mengambil tindakan segera di mana kita memberi fokus tiga perkara dalam mengendalikan mangsa banjir dari segi penempatan mangsa iaitu Pengarah Operasi Peringka Negeri ialah Setiausaha Kerajaan, Peringkat Daerah ialah Pegawai Daerah dan soal penempatan ialah Penghulu.

Kita mengkoordinasi dengan semua agensi kerajaan termasuklah pihak PDRM, ATM, Bomba dan Penyelamat, Pertahanan Awam, Pasukan Relawan, JKR, perubatan dengan semua sekali serentak naik. Itu operasi kita dari hari pertama kita menghadapi banjir dan Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan bekalan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat. Semua penempatan peringkat awal ditanggung oleh Kerajaan Negeri sehingga pihak lain datang memberi bantuan termasuklah NGO dalam negeri dan luar Kedah. Pada peringkat awal sehingga hari ini pun memang Kerajaan Negeri sediakan peruntukan dan semua itu disalur melalui Pejabat Daerah.

Masalah di peringkat awal
Bagaimanapun pada peringkat awal memang kita hadapi sedikit masalah kerana air naik cepat dan kita bertindak berdasar kepada nasihat dari pihak agensi tertentu daripada Jabatan Pengairan dan Saliran, PDRM dan beberapa agensi lain seperti Bomba dan seumpamanya.
Tentang kejadian banjir kali ini air naik dengan pantas di tempat-tempat rendah dan bahaya. Berdasarkan maklumat inilah, kita sediakan tempat pemindahan. Keduanya kita maklumkan kepada penduduk supaya meninggalkan rumah mereka dan datang ke tempat pemindahan
Ada yang dapat menerima nasihat tapi terdapat juga yang berdegil tidak mahu berpindah. Mereka ini masih berat hendak meninggalkan rumah dan akhirnya air naik tinggi terpaksa juga berpindah. Dalam keadaan seperti ini beberapa masalah timbul bagi anggota penyelamat menjalankan tugas. Jalanraya sudah terputus. Jalan raya menjadi ‘sungai’, kenderaan tidak boleh lalui, kenderaan ringan tidak boleh pergi kenderaan beratpun tidak boleh sampai. Maka kita kena pergi dengan motorbot tentera atau Bomba. Tapi bila sampai separuh jalan tidak boleh pergi kerana tempat itu tiada air. Di sebelah sana ada air jadi macam pulau. Jadi melambatkan. Itu (ada pihak) yang mengatakan kita lambat memberi pertolongan. Kita memerlukan kerjasama dari semua penduduk. Kita nasihat dan berusaha membantu. NGO dan orang ramai ikut membantu untuk bawa mereka yang terkandas.Kemudian bila sampai ke tempat penempatan berlaku masalah lain pula.
Kita buat persiapan untuk 3,000 tiba-tiba yang datang 4,000. Mulanya (ada yang) tidak mahu datang tetapi keadaan memaksa datang. Bila sampai kita hendak sediakan makan tengahari dan malam.Alhamdulillah semuanya kita dapat atasi dengan cepat. Ini masalah pada peringkat awal sahaja.

 

Bekalan elektrik terputus 
Akhirnya berlaku masalah bekalan elektrik terpotong. Air bersih tidak boleh didapati kerana air mentah tidak boleh dirawat lagi. Kita terpotong air bersih.
Pihak berkenaan tidak boleh pergi ke loji kerana jalanraya sudah jadi laut. Jadi dengan sebab itu kita terpaksa cari bantuan air. Ini kerana SADA tidak cukup lori dan peralatan. Dari sinilah terjadi sedikit masalah. Tapi selepas dua hari kita mendapat bantuan daripada Perak, Pulau Pinang dan Selangor. Mereka hantar air bersih dan edar ke semua tempat penempatan dan hospital. Semua tangki berkerja 24 jam. Lebih 100 tangki ditempatkan di pusatpusat pemindahan.
Di sinilah ada pihak-pihak tertentu kata kita tak buat kerja. Sebenarnya kita tidak gagal. Kita berjaya atasi masalah ini. Banjir satu kejadian yang tidak diduga. Tapi semua agensi Kerajaan Negeri dengan kerjasama dengan Kerajaan Pusat telah berjaya mengatasi masalah yang timbul dan bantuan dapat disalurkan seperti dijadualkan. Ini yang kita buat.Makanan kita boleh masak tidak ada masalah. Makanan Kerajaan Negeri salurkan ke semua penempatan.Cumanya ada tempat-tempat yang lambat menerima kerana tak boleh keluar dia tak dapat makanan kita tak boleh hantar keranajalanraya terputus.
Itu saja. Sekarang ini masih kita menerima bantuan-bantuan dan kita meningkatkan peruntukan kita daripada RM 600 ribu kepada RM 2 juta bagitujuan beri bantuan semasa mangsa berada di tempat pemindahan.
Selain itu kita menerima bantuan zakat sebanyak RM500 ribu yang diserahkan oleh KDYMM Tuanku Sultan dan RM100 ribu sumbangan peribadi baginda.

Menteri silap
Dakwaan Menteri Kebajikan Masyarakat bahawa kita hanya mengharap bantuan Pusat adalah silap. Dia silap. Dia datang satu jam sahaja (sewaktu) kita sudah duduk 60 jam. Bagaimana dia boleh buat kenyataan tanpa datang ke Bilik Gerakan bencana negeri. Dia tak hubungi pihak autoriti negeri. Bilik Gerakan utama negeri. Sama ada peringkat Setiausaha Kerajaan Negeri atau pejabat Daerah. Dia hanya melawat tempat tertentu sambil mendengar laporan daripada Ketua Umno seorang dua.
Kita kerja. Semua pegawai berjaga siang malam. Dia buat kenyataan sedap-sedap kononnya kerajaan Negeri lepas tangan. Menteri itu dapat maklumat dari tepi jalan. Sepatutnya dia mai dengar di bilik Gerakan Negeri. Di situ ada polis dan tentera. Ada jenderal yang duduk bersama kita. Ketua Polis, Ketua Bomba serta semua pengarah-pengarah berada bersama kita dalam Jawatankuasa Bencana Alam. Kenapa buat kenyataan yang tak cerdik. Itu kenyataan politik. Hari ini (mereka dakwa) banjir disebabkan air datang dari Hatyaai. Itu tak betul. Kita cakap masalah banjir berdasar laporan dan kajian daripada pihak agensi yang terlibat.

Agensi yang bertanggungjwab.
Kepakarannya yang ada. Pengarah JPS tahu pergerakan air dan JKR kita dengar maklumat hari itu baru kita buat kenyataan. Hujan bermula di Padang Terap bukan dari Hatyaai. Kemudian melimpah di Padang Terap dan tradisinya akan mengalir ke Daerah Pokok Sena, mengalir ke Dehrang dari situ turun ke Wang Tepus, Jitra dari Dehrang turun ke Sungai Tajar dan akan pergi ke Sungai Haji Idris, (sepatutnya) sebahagian pergi ke kawasan Pendang tapi tahun ini air tidak pergi ke kawasan Pendang. Tapi air pergi ke Dehrang terus Wang Tepus tembus sampai Changloon. Air memenuhi kawasan rendah di Jitra, barulah mengalir ke kawasan sebelah barat memenuhi Kubang Pasu, Pulau Kerengga, Pulau Timbul dan kawasan Tunjang, Megat Dewa dan kawasan sekitar Gunong.
Masalah perjalanan air diganggu oleh landasan keretapi double tracking. Air tertumpu di Alor Setar. Landasan keretapi yang sedang dibina sepatutnya ada saluran yang lebih besar. Tapi saluran itu bilangannya sikit dan kecil. Maka air lambat keluar, memakan masa. Itulah sebabnya berlaku banjir di  tempat-tempat yang tak pernah banjir, rumah saya telah tenggelam kali ini. Ada yang sampai ke dada. (Ada yang) Tinggal selama 20 tahun, ada yang sudah 30 tahun tidak pernah banjir. Laporan pihak JPS mengatakan air tidak boleh bergerak kerana terhalang oleh landasan keretapi ini. JPS yang juga hak (bersama) Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri. Pengarahnya Kerajaan Negeri yang bayar gaji walaupun dia pegawai Persekutuan. Adakah TPM bercakap dengan Pengarah JPS atau Pegawai Mada?

Gamuda (Syarikat Pembinaan Landasan Keretapi  Baru)
Jadi kita sebut kita minta supaya jalan air yang sempit ini diperbesarkan. Kita panggil hari itu supaya (Gamuda) datang bincang. Petang baru datang dia mesyuarat dan dia setuju nak luaskan saluran air supaya mudah air mengalir ke laut. Dia memang korek hari itu. Kalau dia tak korek saya arahkan JPS buka saluran kepada orang awam. Bila dia buka saluran sekarang banjir cepat kering. Lepas buka (baru) kering. Memang saluran kecil. Dalam hal ini dia kata dia rugi. Kenyataan KTM Berhad kata dia rugi. Ini cakap tak bertanggungjawab. Dia rugi kerana pentingkan keuntungan.
Rakyat rugi dia tak sebut. Yang tak berniaga beratus juta punah wang habis. Rosak harta benda. Rakyat rugi ratusan juta. Terganggu kerja sampai sekarang. Kenapa tak cakap macam tu. Kenapa nak simpati dengan pihak Gamuda dan keretapi ini yang tak buat kerja dengan cara betul. Ini kerugian rakyat biasa yang setiap bulan kenak potong gaji bayar sewa rumah. Ada yang RM700-800 sebulan. Dapat gaji hanya hanya seribu atau lebih. Sekarang lepas banjir terpaksa baiki sana sini rumah rosak kerana tenggelam sampai lima enam hari Ini tidak termasuk kemusnahan harta benda. Kenapa tak bercakap kerugian rakyat dia bercakap kerugian dia. Maka tak peliklah bila nanti rakyat akan saman dia lepas ni. Saya difahamkan rakyat akan buat tuntutan di mahkamah. Biar mahkamah putuskan air daripada mana. Kesilapan (di pihak) dia, memanglah banjir kerana hujan lebat. Landasan ini salah satu faktor yang menyebabkan lambat air nak turun. Bila saya bercakap mula-mula pihak Keretapi Tanah Melayu menafikan.Bila petang pihak yang bina landasan iaitu Gamuda datang baiki. Jadi dia dok ulang. Makna dia bercakap atas maklumat yang tak betul.
Saya bercakap fasal rakyat saya. Maka sebab itu saya arahkan semua kerajaan tempatan supaya kaji semula tentang kelulusan yang kita bagi kepada Gamuda tentang kelulusan landasan keretapi ini supaya disemak semula pesetujuan kita yang benarkan dulu. Ini kerana telah membebankan rakyat. Esok ada mesyuarat saya akan arahkan semua PBT terlibat iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Padang Terap supaya semak semula tentang kelulusan yang kita bagi ini. Kita tidak akan benarkan lagi sehingga mereka selesaikan masalah ini. Kerugian pertama ialah harta benda, rumah dan kereta. Keduanya kerosakan tanaman, kita serahkan kepada pihak Mada. Memang Mada bertanggungjawab kerana yang ini kita tidak ada peruntukan. TPM akan minta senarai.
TPM mai tak jumpa saya
Pegawai dia bila datang Kedah tidak jumpa kita. Mai rumah kita kenalah tanya kita. Demokrasi dia laung-laungkan. Dia patut kena tanya saya. Maka sebab itu tak pelik tidak ada seorang pun pegawai Kerajaan Negeri pergi sambut dia di stadium. Yang ada cuma seorang iaitu pengurus stadium.
Sepatutnya sebagai (pihak) Persekutuan dia kena datang jumpa saya atau hubungi Kerajaan Negeri. Saya hubungi Menteri Besar negeri lain minta tolong. Kerana kami tak cukup peralatan. Minta lori air dari Perak, Selangor bawa lori air. Air kita ada di paip-paip yang kita telah baiki tapi kita tidak ada tangki. Yang ada tidak cukup. Terima kasihlah kepada Kerajaan Negeri Selangor, Perak dan Pulau Pinang.
Kerajaan Pusat ada duit banyak dia (kena) datang tolong. Kerajaan negeri tidak ada duit. Tapi tak payah ajar kita. Kita tahu apa nak buat. Dia mengatakan kita sensasikan cerita. Kita bagi bantuan tak tanyapun dia orang tu Umno atau PAS. Peruntukan diambil dari Kerajaan Negeri. Saya tak tunggu bantuan Kerajaan Pusat. Sekali pun saya tak minta. Siapa kata saya minta? Siapa kata saya lepas tangan? Tan Sri Mahyudin kata saya lepas.Pernahkah pejabat saya hantar surat ke Kuala Lumpur minta selesaikan masalah. Tak da. Saya cuma merayu NGO. Kalau berlaku gempa bumi di Pakistan, di Afghanistan dan Indonesia berduyun-duyun pergi tolong di sana. Kenapa tidak tolong rakyat di Kedah yang ditimpa bencana. Itu saja itu saya minta kepada NGO. Saya tak pernah tulis surat kepada PM tolong saya. Saya tak pernah tulis surat kepada Shahrizat mai sat tolong saya. Dia turun pun pi Tunjang bukan tempat banjir. Kaki kasut dia pun tak basah. Nak cakap apa. Saya sangat simpati dengan penduduk yang terkena banjir.Tempat pertama saya pergi di Padang terap. Semua pusat pemindahan saya pergi. Masjidnya, surau dan sekolah. Saya beramah mesra dengan mereka.

Saya pergi Bilik Gerakan.
Mereka yang bertugas gembira saya datang. Kanak-kanak nampak saya datang bersalaman. Kanak-kanak biasalah tetap gembira cuma ibu dan bapa nampak runsing. Masa itu kita sediakan keperluan makan minum dan selimut. Masalah makanan lambat siap dan tidak cukup bantal dan selimut adalah di peringkat awal. Tempat lain begitu juga. Alhamdulilah. Mereka nampaknya tenang. Layanan dari kita begitu baik dan para sukarelawan menolong mereka.
Di Jitra ada yang pindah ke sekolah, ingatkan selamat, tiba- tiba malam air naik terpaksa pindah pula. Jadi terpaksa gunakan jentera-jentera kenderaan berat. Saya menghargai semua jasa dan kerjasama pegawai2 kerajaan negeri. Saya waktu siang keluar pukul 4 petang balik 11 malam. Keluar 10 pagi balik petang. Malam pergi pula. Saya pindah dari satu Bilik Gerakan ke satu Bilik Gerakan saya hubungi pemangku SU Kerajaan dan DO apa yang diperlukan atau apa kekurangan. Semua cukup tapi kita standby arah keluarkan duit Kerajaan Negeri. Pelik juga tang mana saya lepas tangan. Mereka pasang bendera BN di stadium Sultan Abdul Halim tunggu TPM turun. Maknanya itu lebih mencari publisiti daripada untuk kemanusiaan. Saya pergi tak bawa bendera PAS, tak bawa bendera Kedah.
Saya ucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan dan pihak-pihak yang membantu. Terima kasih kepada mereka yang datang membantu. Bagi mangsa banjir Alhamdullilah kita selamat walaupun hilang harta benda tapi tidak hilang keluarga. Kita bersyukur.

Friday, November 26, 2010

Gambar Ummi Nazeera yang seksi dan hot la..!!!


Ummi Nazeera sekarang kat Australia menyambung pelajarannya dan sekarang kurus kering sampaikan baju yang dipakainya jadi besar dan terdedah abis gitu...hekhekhek..

nanti beli baju yang kecik ye, atau makan banyak2 supaya gemok balik...okayh!


gambar ummi dulu yang agak berisi...so baju yang dia pakai agak ketat dan xterburai segala yang ada...


bertuahnya kangaroo ni ye..ada ummi yang seksi kat sebelah gitu...

PROFIL UMMI NAZEERA:
* NAMA PENUH: Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin
* TARIKH LAHIR: 20 Ogos 1990
* ASAL: Kuala Lumpur
* KELUARGA: Bongsu daripada dua beradik
* PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), calon persendirian
* FILEM: Lu Pikirlah Sendiri The Movie
* DRAMA: Pesona Bintang, Takdir Yang Terindah, Dinasti Bilut, Ali Din, Awan Dania, Klon Teja, Kejar dan Nur Kasih


Fiq Mentor Merokok Untuk Sedapkan Suara??

halo halo, beyonce di sini..hakhak

ROKOK BOLEH SEDAPKAN SUARA BILA MENYANYI??

itulah yang dilakukan oleh FIQ Mentor neh... org lain punyalah minum air suam, makan kuning telur, minum air asam jawa nak jaga suara bila nyanyi tapi Fiq HISAP ROKOK na bagi sedap suara..

hukhukhukhuk.....bahaya lahhh!!

nnti lagi xsedap sora tu baru tau...

[gambar dari google]

-PETIKAN DARI HARIAN METRO-

ARTIS selalu disebut mampu menjadi contoh kepada masyarakat kerana mereka diminati dan disanjung peminatnya.
Itu sebabnya apa saja yang dibuat artis, menjadi ikutan peminat terutama remaja.

Malangnya, apa yang dipaparkan artis sekarang ini cukup membimbangkan. Artis lelaki suka pakai mekap dan ingin menjadi wanita manakala yang perempuan pula mahu nampak kasar hingga bangga digelar tomboi.

Lebih menakutkan, berita artis ditangkap kerana dadah dan khalwat. Ini cukup membimbangkan kerana berita ini selalu kita dengar akhir-akhir ini. Selalunya perkara ini hanya kita ketahui apabila mereka kena tangkap memandangkan tiada seorang artis pun akan mengaku mereka ambil dadah atau tinggal serumah dengan pasangan tanpa nikah. Namun kenyataan berani bintang muda yang dilahirkan dari program Mentor, Fiq sebagaimana yang disiarkan dalam sebuah laman sesawang hiburan, cukup mengejutkan. Mana tidaknya, Fiq mengaku bahawa tabiat merokok banyak membantu memantapkan vokalnya.

Dengan bangga juga, Fiq mengatakan sebelum bergelar penyanyi dia tidak merokok, tetapi mula mengenali rokok kerana bosan menunggu rakaman lagu atau persembahan. Ternyata langkahnya itu memberi kesan positif kepada suaranya.

Tidak tahu SS hendak kata apa selepas membaca cerita ini. Takut pula ramai remaja selepas ini akan kata mereka hisap rokok sebab mahukan suara ‘sedap’ macam Fiq.





Ketika kerajaan giat berkempen jangan merokok, siap buat iklan paparkan cerita sedih di kaca televisyen dan iklan ngeri pada kotak rokok, ada pula artis kita yang bangga dengan tabiatnya merokok.

Namun nak salahkan artis itu pun tidak patut juga. Patutnya kenyataan yang dengkil begitu tidak seharusnya disiarkan untuk tatapan umum. Tapi mungkin juga kerana mahu ‘mengaibkan’ artis itu sendiri dengan menyerlahkan lagi komen pendel akalnya itu. Entahlah?

Baju dari daun..

baju dari daun??
uish tingin shelly nak tgk..

jom tgk baju dari daun..koleksi terkini dari saya...hahahahhahahaha
dapatkan segera sblm sold out!!!

hehehehe










WOWWWWW...!!!

saya suka lahhh!! nak beli!!!

dah beli tunggulah dlm seminggu, baju anda akan berubah warna...

wow..!!! magik la baju neh..!!

magik ka?
eh magika?...bukanlah...
mana ade magiknye... daun neh layu lah nanti...ish ish..

haha...!!  baju cenggini hanya sesuai pakai mcm dlm filem ker kan kan kan...
sapalah yang berani nak pakai...gtau shelly tgk..
hehe...

tapi sayangkan kat daun2 neh... cemana xjadinya pencemaran udara, pencemaran itu ini...
sian suma daun n bunga2 cinta tuh kan kan... 

tapi apapun shelly KAGUM la sapa yang reka baju ni..kire kreatif la kan ..haa..
ada positif dan ada negatif..tapi kita lebih memandang yang negatif la ye dok...


Fesyen Tudung Ekin yang Terkini...heheh

Salam semua penggemar2 benda yang pelik2..

Ada baaaaaaanyak benda pelik di dunia ni hasil ciptaan manusia, semulajadi dan kebetulan...

so shelly saja2 boring n search google pasal tudung..yela shelly memang gile tahap nak MAM kat tudung neh..

ngengenge...

so ini adalah gambar fesyen tudung terkini...

hehehe...jgnla percaya bukan terkini pun...


2 dalam 1.. tutup kepala mcm tudung dan boleh wat bantal...
bagus ciptaan neh..
tapi adakah kaum wanita mcm shelly ni berani pakai?
ADA BERANI??
hehehehe


sukanya model ni pakai 'tudung bantal' neh..
oh ye sblm neh ada nama 'tudung saji'...sekarang ada plak tudung bantal..
hakhakhak


kepenatan dia berjalan, bolehlah tidur sebentar..
rs empuk di mana2 sj...
hehe


oh enaknya tidur...
kalau begini kapal terbang terlepas pun xkan perasan..

^_^

Thursday, November 25, 2010

Kutipan Filem 2 Alam..xsampai 1 juta lagipun...nganganga

LOL...!!
shelly ingatkan da sampai RM 2 juta dah..kan heboh ritu..huhu....nampak ada yang jadik kaki propa...

ikuti story yang diambil dari beautifulnara.com ...
Jumlah kutipan filem 2 Alam selepas seminggu tayangan. 
[klik gambar utk lebih jelas]
[gambar beautifulnara.com]

Untuk makluman, filem 2 Alam mula ditayangkan pada 18 November dan jumlah kutipan dari Finas di atas adalah sah sehingga 24 November 2010. Seperti yang semua nampak, kutipan filem 2 Alam sekadar mencecah RM230,000. 
RM1 juta pun tak sampai ada hati nak kutip RM40 juta.
Oh, tapi agak kepelikan sebab rasanya ada terbaca yang kenyatan Dr Rozmey yang kutipan hari pertama 2 Alam adalah RM2 juta. Siapa kencing siapa nie? Takkanlah Finas tersilap kira kot. RM230,000 dengan RM2 juta jauh lari tue. Atau sebenarnya sekretari Dr Rozmey yang tersilap bagi jumlah kutipan kat Dr. Rozmey?
Tapi satu bab yang patut respek ialah kejayaan Dr. Rozmey untuk mendapatkan 83 wayang seluruh Malaysia untuk menayangkan filem 2 Alam ini. Kalau tengok kat gambar di atas, filem Adnan Sempit pun sekadar ditayangkan di 61 wayang. Hebat tak hebat jugaklah ayat Dr Rozmey sampai boleh pecah rekod untuk dapatkan filem paling banyak ditayangkan di pawagam Malaysia.

*_*

Tuesday, November 23, 2010

PANAS...!! dR 2 ALAM delete komen!! xdpt terima kenyataan sngguh..!!

doktor Rozmey...saya nak tanya ni..xmau tanya nak mkn apa utk kuruih...saya nak tanya awat p delete komen saya kat fb dR??

oih...pasal komen pun nak kecoh ka??

uih..kena kecohla...

da la filem baru keluar...sajalah aku tanya 'asyik gmbr dR je, mana gambar pelakon?'

pastu ada sorg manusia yang aku xkenal like aku punya komen...
aku pun tgk la notification tuh....bila aku tgk..komen aku da xder...tapi ada lak komen org len masuk....
dan aku pun telah mengkomen semula seperti gambar kat bwh neh...(klik utk lagi jelas)

(klik gambar utk lebih jelas)

inilah buktinya....
apa motif dR neh??

(klik gambar utk lebih jelas)

bukan komen aku jer yang dia delete..komen org len pun dia delete...
sampai sekarang yang dia xdelete adalah si Jangan Tipu tuh...

aku just nak gtau lah apa perasaan aku setelah benda nih terjadik...
yela kemarin pun aku baru lalu kat shopping complex n tgk2 wayang apa yang best n tertgk jugak la kat 2 Alam neh... tingin gak nak tgk...lps2 aku komen mana gambar PELAKON???...aleh2 dia delete..yela aku ni xtahu sapa yang berlakon sbb xdiberitahu sgt.... xkanla aku ni nak tau sapa pelakon dia dilayan sebegini rupa??
mcm sombongla...!!

sakit hati la weh...!! touching oooo!!

bukan komen aku jer...lpas2 filem dia ditayangkan pd hari pertama, beribu riban yang tulis kat wall FB dia dgn ayat2 yang xbrapa pueh hati ngn filem dia... n DIA DELETE KOMEN TU SUMA!! n tggal komen dgn ayat yang memuji dia je...huh!!
dan dan AKU XMAU TGK LGSG 2 ALAM NEH... xrugi duit aku pun lah....!!!
o_0

Gambar Nabil Cium Mulut Betullah Superimpose...yeke?

[gambar pengerindu.com]

[gambar pengerindu.com]

nampak mcm xsama juga...tapi kenapa org asyik tengok telinga nabil? mcm mana lak ngn uqasha tu??... rambut ker...ngengenge..


uqasha seksi,,,patutla nabil nak... irma xlah sampai bergambar nmpk baju dalam suma...hohoho
irma lagi okay aper kan.....

n_n

Ustazah wat seks ngn warden di asrama...!


Tak ada yang lebih sedap bagi mereka yang mengikut kelaku binatang walaupun tahu perkara tu haram. Kelaku haram jadah inilah yang menjadi penambah perisa sedapnya. Bertambah malang kalau yang melakukan perkara terkutuk tu mereka yang bergelar Ustazah.
Ustazah FAIL dengan dugaan nafsu seknya..! Nak berkat macamana pelajaran yang diajar kalau yang ustazahnya bergelumang dengan dosa?
Kosmo: Menjijikkan apabila seorang ustazah sebuah sekolah agama di sini yang lengkap berjubah, bertudung dan bersarung tangan tergamak melakukan hubungan seks di dalam bilik asrama pelajar dengan seorang warden.
Perbuatan terkutuk ustazah itu dan pasangannya terbongkar selepas rakaman video yang diambil ketika mereka melakukan hubungan seks tersebar secara meluas hingga diolah dalam empat siri yang berbeza tetapi melibatkan ‘pelakon’ yang sama.
Berdasarkan kepada percakapan mereka, rakaman itu dibuat kononnya untuk mengabadikan kenangan cinta mereka sejak enam bulan lalu.
Dalam video seks pertama selama tujuh minit yang disebarkan itu, ustazah berkenaan pada mulanya seperti takut-takut apabila pasangannya cuba merakamkan aksi mereka menggunakan telefon bimbit.



T___T

Gambar Siti Nurhaliza di Shout Awards 2010

Gambar Dato Siti Nurhaliza yang sangat cantek yang sangat2x shelly suka... she is gorgeous!!
gambar diambil dari budiey .. nak tgk pasal artis boleh ke budiey.com juge...








^_~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Jom Tukar Link::

KLIK INI UTK KONGSI LINK BLOG ANDA!!

JOM FOLLOW