There was an error in this gadget

Monday, February 28, 2011

Kami lakukan 3 kali semalaman - Bapa berusia 94 tahun...


Randy Ramjeet Raghav terpaksa 'berehat' seketika daripada rutin hariannya melakukan tiga kali hubungan seks semalam selepas menjadi bapa tertua di dunia - ketika berusia 94.

Katanya dia akan menangguhkan aktiviti seks dengan isterinya Shakuntala kerana mahu memberi perhatian membesarkan anak lelaki mereka, Karamjit.


Cium. Ramjeet Raghav memeluk anak lelakinya

Ramjeet berkata: "Saya sihat dan saya menikmati hubungan seks dengan isteri saya. Saya rasa ia adalah amat mustahak untuk pasangan suami isteri untuk sering mengadakan hubungan seks.

"Bila dia minta saya akan 'kerja' semalaman tetapi demi anak, saya tolak dahulu 'keperluan' itu buat masa ini."


Rumah . Sekeluarga tinggal di dalam pondok ini.


Shakuntala, dalam lingkungan 50-an, kata: "Dia tidak kelihatan tua pada saya. Dia boleh 'melakukannya' seperti mana-mana lelaki berusia 25 tahun - bahkan lebih baik kerana dia boleh teruskan semalaman. Dan dia juga seorang bapa yang bagus."
Ramjeet, tinggal dengan isteri dan anak lelakinya di sebuah pondok dua bilik, menyara keluarganya dengan pendapatan £12 (RM57) seminggu dengan bercucuk tanam di sebuah ladang selama sembilan jam sehari di Haryana, India.


Baru jadi ayah, Ramjeet Raghav . Tidak pernah berhenti merokok.

Tetapi dia menambah mula benci untuk bekerja sejak menjadi bapa kepada Karamjit - anak pertamanya. Katanya: "Saya masih perlukan wang, jadi saya terpaksa paksa diri untuk ke bendang."

Kini Ramjeet mahu lebih ramai anak. Katanya: "Dalam tempoh enam bulan lagi, kami akan cuba untuk dapatkan seorang lagi anak lelaki."


sumber : sini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Jom Tukar Link::

KLIK INI UTK KONGSI LINK BLOG ANDA!!

JOM FOLLOW