There was an error in this gadget

Monday, February 21, 2011

Nama bayi ini Facebook Jamal Ibrahim....hah?


KAHERAH- Seorang ayah di Mesir telah mendedikasikan fenomena laman web sosial sebagai nama anaknya, Facebook. Bayi bernama unik itu menjadi tanda revolusi baru di Mesir.

Menurut laporan akhbar Al-Ahram, Jamal Ibrahim, 20 tahun, memberikan nama anak perempuannya sebagai Facebook. Ibrahim mengaku sangat kagum dengan peranan laman web sosial itu dalam organisasi pemberontakan di Tahrir Square dan beberapa kawasan lain di Mesir.


Nama lengkap anak perempuannya adalah Facebook Jamal Ibrahim. Di Mesir, terdapat lebih dari lima juta pengguna Facebook, jauh lebih ramai berbanding negara lain di Timur Tengah. Pengguna Facebook terus melonjak selama satu bulan terakhir kerana revolusi Mesir. Sekurang-kurangnya, 32 ribu 'group' dan 14 ribu halaman Facebook telah muncul sejak 25 Januari.

Pemerintah Tentera Mesir juga mulai menggunakan Facebook untuk mendekati pemuda Mesir. Salah satu grafiti bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak telah dicantumkan dan membentuk perkataan ‘Terima Kasih Facebook’.

1 comment:

boyarque said...

ingatkan umat Islam kat sana nak sedar...makin lagha nampaknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Jom Tukar Link::

KLIK INI UTK KONGSI LINK BLOG ANDA!!

JOM FOLLOW