Monday, April 11, 2011

Lelaki conteng muka isteri dengan pisau.. Kejamnya!

Seorang lelaki cina yang berang telah melakarkan "tattoo" di wajah isterinyaberupa dua patah perkataan di dalam bahasa cina dengan menggunakan pisau bagi menghalang lelaki lain daripada "mengurat" isterinya.

Lelaki berusia 36 tahun itu telah ditahan oleh pihak Polis kerana perbuatan kejamnya itu.

Wei Shengxiong dan isterinya yang berusia 26 tahun hanya mahu dikenali sebagai Xiao Wei, telah mendirikan rumahtangga selama sembilan tahun dan dikurniakan dua orang anak lelaki.

Malangnya si suami sering kali mengesyaki isterinya dipikat oleh lelaki-lelaki lain yang minat kepadanya.


Semuanya bermula dalam tahun 2001 apabila isterinya Xiao Wei yang bekerja sebagai seorang pekerja kilang telah bekerja lewat masa (over time) dan langsung tidak pulang ke rumah. Sebulan kemudian, dia didapati mengandung. Si suami menganggap anak yang dikandungkan isterinya bukan dari benihnya, lalu membawa si isteri untuk ujian DNA.

Sejak dari hari itu, pasangan itu sering kali betengkar antara satu sama lain.

Menurut pihak Polis, 30 Mac lalu petengkaran mereka berlaku lagi.

Wei menghentakkan kepala isterinya ke arah dinding dan menyebabkan si isteri terjatuh ke atas lantai apabila hilang pertimbangan dan kawalan badannya.

Si suami mengikat tangan isteri serta menyumbat mulutnya dengan tuala agar tidak menjerit dengan kuat bagi mengelakkan didengari oleh jiran-jiran mereka. Dia mengheret isterinya ke dapur lalu mengambil pisau dan melakarkan perkataan Xian Jian (hina) di pipi isterinya itu.

Si suami mengurung isterinya di dalam rumah sehingga keesokan harinya apabila bapa saudara Wei menemuinya lantas membawa ke balai polis untuk membuat laporan jenayah yang berlaku.

p/s: apalah nak jadi dgn manusia zaman sekarang...cubalah fikir habis2 dulu baru bertindak..

3 comments:

Ibnushukran said...

astaghfirullah.. seram sejuk sy baca bnde ni.. ngerinya lah..
sy cukup bengang llki yang macm ni,dayus.. ya Allah, mntak di jauhi lah kami dr perkara macam ni... subhanAllah , tak berperikemanusiaan lgsung..

sayalah shelly said...

itulah..sy pun ngeri..moga kita dijauhkan dari semua ni...amin

AJ Basboussa said...

Astaghfirullah.
Beginilah jadinya bila marah manguasai akal.
Hilang pertimbangan.
Minta dijauhkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Jom Tukar Link::

KLIK INI UTK KONGSI LINK BLOG ANDA!!

JOM FOLLOW