There was an error in this gadget

Friday, November 5, 2010

GPS Memudahkan anda mencari lokasi

Pengenalan
GPS atau global positioning sistem adalah sistem menentududukan titik kedudukan atau lokasi sesuatu tempat secara terus daripada satelit. Secara mudahnya, sistem ini mengira kedudukan lokasi sesuatu tempat dengan menggunakan jarak pintasan. GPS satelit dari Amerika mempunyai 24unit satelit diangkasa lepas dengan 4 satah dan setiap satahnya mempunyai 6 satelit. Setiap satu satelit GPS ini memancarkan hanyalah data waktu atau jam, dan setiap penerima (User) menerima perbezaan antara waktu data dipancarkan dan diterima. Dengan menggunakan perbezaan masa antara satelit dan penerima, dan panjang gelombang yang membawa informasi data tersebut, jarak antara satelit dan alat penerima dapat dikira. Kedudukan sebenar objek dapat dikira jika 3 atau satelit menghantar data. Setiap satu dari satelit ini berada sejauh 12,000km dari pusat bumi.
Merujuk gambar dibawah, S mewakili satelit, garis merah mewakili jarak gelombang dipancarkan, dan warna hijau merupakan kawasan jarak gelombang pertindihan. Pertindihan antara jarak gelombang satelit A dan B akan memberikan informasi tentang kedudukan sesuatu alat penerima. Merujuk gambar kanan, 3 satelit bergabung, dan memberikan kawasan pertindihan lebih sedikit, ini bermakna, kedudukan yang diberikan lebih tepat! Jadi, lagi banyak cerapan dibuat dari banyak satelit, maka lebih tepat lokasi diperolehi.! utk pengiraan jam, waktu, tempoh dan kedudukan adalah lebih kompleks dan melibatkan pengiraan terhadap fasa-fasa gelombang yang dipancarkan oleh satelit, bilangan gelombang dsb.
**yang bulatan tu jarak maksimum satelit memancarkan data secara 2d,nk lukis 3d kang jadi lg serabut.hanya utk memudahkan penglihatan..

OK..sampai sini saja dlu. nnt akan diupdate lg ;)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Jom Tukar Link::

KLIK INI UTK KONGSI LINK BLOG ANDA!!

JOM FOLLOW