Friday, November 5, 2010

Kereta.......

Owh, bila bercakap tentang kereta, ramai yg buat2 tahu..tambah2 pengacara TV, lebih kepada mengampu...tp, tak seindah seperti dikhabarkan, padahal, lansung tak betul.
OK, kereta....secara mudah, kita kategorikan dlu kepada kedudukan enjin die. Enjin belakang, tengah dan enjin depan.Contoh mcm dalam gambar ni la...

Nape ada keta enjin depan, tengah dan belakang? Mesti ada sebab kan... Ok, kete enjin depan biasanya digunakan pada kete2 saloon, sedan, dan kete-kete penumpang yang lain.Kelebihan kete enjin didepan adalah memberikan ruang yang lebih untuk bahagian dalam, dan ruang boot yang sudah tentunya unlimited pada bahagian belakang. Selain itu, pembahagian berat pada hadapan kereta memudahkan pemanduan khususnya pada model2 utk keselesaan seperti model2 saloon. Ini kerana, berat enjin (yang sudah tentunya berat) dapat dikawal dihadapan, memudahkan dan memberikan feel yang selesa kepada pemandu
Enjin di tengah, banyak digunakan untuk kete2 race breed seperti ferrari, lamborghini, eh...ferrari bkn enjin dibelakang ke? jangan confuse, mid engine atau enjin tengah ni bermaksud, kedudukan enjin berada antara gandar (shaft) tayar depan dan belakang. kebanyakan enjin tengah berada kedudukannya dibelakang seat pemandu, utk ape?Kete enjin tengah mempunya kelebihan dari segi kestabilan yang diberikan oleh pembahagian berat depan dan belakang. Berat keselurahan enjin dipindahkan lebih sama rata antara tayar depan dan belakang...nape proton pesona tak taruk enjin kat tengah? kalau kat tengah, anak2 tu nk menyempit tepi enjin ke? :D dan satu lagi kekurangan...bonet didepan..ape la sangat nk leh ditarukkan..huhuhu
Enjin belakang, amat digemari oleh pembuat kereta Porsche, sbb tu kalau kita tgk video kete porsche khususnya 911 gt2, kete ni mudah slide, ini kerana bahagian belakang tayar yang menerima berat dan momentum yang lebih, stering pula didepan..tak nk ckp banyak about this kind of engine position cause i really dont like it ;)
Kalau kereta nk dikategorikan kepada jenis dan kegunaan die..byk jgak la.tak brapa ambik tau sangat la...muscle, supercar, sportcar, convertible, cabriolet, GT,sedan, saloon, limousine,


da letih menaip, lepas ni we will go moreeee about car brand... ;)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Jom Tukar Link::

KLIK INI UTK KONGSI LINK BLOG ANDA!!

JOM FOLLOW