Sunday, November 14, 2010

hidup ini satu risiko..!!

hidup ini xselalunya indah..kadang2 ada duka dan sakit.. 
tgh sedang sihat, tetiba ada penyakit menyinggah...
dunia sekarang pelbagai penyakit melanda dgn kesan kematian yg banyak..
sebelum kita terkena, lebih baik mencegah daripada merawat kan...

mencegah dahulu dapat mengelakkan penyakit yang tidak diingini datang masuk ke dalam diri....sekali penyakit tu dah masuk ke dalam tubuh, ia memerlukan rawatan yang betul untuk membuang penyakit itu.. mungkin jika tidak teruk ia akan melibatkan kos yang sedikit..tetapi bagaimana pula jika ia menjadi tahap kronik yang xmampu dirawat lagi??

Sekarang banyak kempen mengenai ' Hapuskan Denggi' yang melibatkan artis seperti Aznil Hj Nawawi.. bukan sj2 org nak wat kempen... kempen ni bertujuan untuk memberi kesedaran tentang pencegahan awal sebelum terkenanya penyakit denggi yang dibawa 'pendatang tanpa izin' iaitu nyamuk AEDES...!!

Nampak je kecil spesis nyamuk ni tapi kesan yang dialami manusia amatla besar sehingga xdapat dijangka lagi...

sekarang di kawasan utara mengalami hujan yang semakin kerap..jadi ini akan menggalakkan pembiakan nyamuk aedes di mana2 shj kwsn yang bertakung...
jadi malam2 nak tido pun kurang selesa bagi rumah2 kampung yang kebanyakannya terdapat di kwsn utara ini...

selalu bila tiba mlm je nak tido mesti malas nk pasang ubat nyamuk....??

KENAPA YE??


bukankah ubat nyamuk ni berfungsi untuk menghalau nyamuk ?
memangla agak renyah untuk mencucuh ubat nyamuk kerana materialnya yang beracun...kerana apabila pegangnya saja pasti kena basuh tangan, melekapkan ubat nyamuk pada 'tiangnya' dgn betul,, habuknya yang tebal dan asapnya yang akan membuat semua barang yang terdapat di sekeliling ubat nyamuk akan berbau..

tapi yang manakah lebih penting...  NYAWA atau BARANG2??



bagi Ridsect, kegunaan hanya untuk sementara waktu shj... tapi jika waktu tido yang lama xkan lah perlu untuk terjaga dgn kerap untuk semburkannya setiap kali terasa ada nyamuk yang mengganggu...?  Baunya juga membahayakan kesihatan kerana baunya lebih kuat berbanding dgn ubat nyamuk...
ubat nyamuk ni juga terdapat dlm jenis kepingan yang hanya dipasang pd bekas dgn sambungan bekalan elektrik.... itu lebih mudah tapi ada juga yang malas hendak memasangnya...huh..
 tapi kalau mls untuk mencucuh ubt nyamuk dan suka untuk tidur terganggu,,gunala Ridsect!


sungguh kenyang nyamuk ni ...sapa yang baik hati nak jadi pembekal darah utk nyamuk ni...silakanlah malas utk pasang ubat nyamuk...

Apa sebenarnya demam denggi ni sampai membawa maut?

Perkara yang perlu diketahui berkenaan demam denggi.
1. Apa itu demam denggi ?


Demam denggi adalah disebabkan oleh virus denggi. Ia merebak melalui gigitan nyamuk aedes. Dianggarkan terdapat lebih 100 juta kes denggi di serata dunia setiap tahun.

2. Bagaimanakah untuk mengetahui saya berkemungkinan menghidap demam denggi?
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:

  •          Demam panas
  •          Sakit kepala
  •          Sakit tulang belakang
  •          Sakit sendi-sendi
  •          Loya dan muntah-muntah
  •          Sakit biji mata
  •          Ruam

3. Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak mendapatkan rawatan?
Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut. Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:

  •    Mudah lebam
  •    Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
  •    Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut


4. Apakah rawatan untuk demam denggi?

Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.


5. Apakah perlu saya lakukan untuk mencegah demam denggi?



Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi :

a. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk

  •     Membuang bekas yang boleh menakung air
  •     Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan ditutup bersama penutup
  •     Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan air dibuang sekurang-kurangnya seminggu sekali
  •     Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
  •     Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik

b. Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk

c. Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti

  •       Memastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup

  •      Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk

  •      Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah

  •      Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup


penyakit untut gajah... kaki akan jadi seperti gajah..


Shaliza Shahzulkarib, 33, yang menghidap penyakit ‘lmphaedema praecox’ atau untut sejak 14 tahun lalu ketika ditemui Kosmo! Ahad di rumahnya di Taman Cheras Idaman
Kaki Gajah atau Untut adalah disebabkan oleh parasit dan virus bawaan nyamuk Mansonia yang hidup di kawasan berpaya dan air bertakung, sama seperti nyamuk Aedes. Mereka yang mengidap penyakit ini akan mengalami keadaan di mana salah satu, atau kedua-dua kaki akan ´membesar´ akibat lapisan kulit yang tumbuh berlapis-lapis.Jangkitan penyakit ini, yang lebih kerap menyerang lelaki berbanding wanita bermula apabila mangsa digigit nyamuk Mansonia betina, menyebabkan jangkitan cacing mikrofilaria yang menjadi punca penyakit ini.
PUNCA DAN JANGKITAN
Nama saintifik bagi penyakit ini ialah ‘Filariasis Limpatik’. Walaupun jarang berlaku, kerajaan mengkategorikannya sebagai masalah besar untuk negara ini. Kira-kira 6% penduduk negara ini dijangkiti penyakit ini dengan majoritinya adalah mereka yang tinggal di luar bandar. (ramai jugalah tuh!) Keadaan ini terutamanya berlaku di kawasan tepi sungai seperti di Pahang, Terengganu, Perak, Bintulu dan Miri di Sarawak serta Sungai Kinabatangan di Sabah.
Kitaran hidup cacing parasit ini bermula apabila ia memasuki badan manusia, bertelur dan menghasilkan larva.Selain manusia, haiwan seperti monyet dan beberapa jenis primat juga antara perumah yang dikenal pasti boleh menjadi tempat pembiakan cacing ini. Cacing-cacing yang kelihatan seperti benang jahit ini tidak membawa kesan buruk kepada manusia semasa ia hidup kerana jangkitannya bersifat Asimptomatik, justeru ia tidak berjangkit.

Namun begitu, kesan buruknya mula timbul apabila cacing ini mati dan sisa badannya terkumpul di badan perumahnya.Larva mikrofilaria mengambil masa kira-kira sembilan bulan untuk menjadi cacing matang. Selepas setahun, cacing dewasa boleh membiak dan menghasilkan beribu-ribu mikrofilaria lagi. Dalam tempoh ini, mikrofilaria akan tersebar jika individu itu digigit nyamuk.Dalam badan nyamuk, mikrofilaria mengambil masa antara tujuh hingga 21 hari untuk membesar ke peringkat paling berjangkit sebelum dipindahkan ke perumah baru apabila nyamuk menghisap darah mangsa lain.
Apabila sampai ke badan perumah baru, mikrofilaria ini akan masuk ke dalam sistem limfa untuk membiak di sana. Haiwan ini boleh hidup antara enam hingga 10 tahun dalam badan manusia, justeru, kesan jangkitan hanya dirasai apabila cacing dewasa mati.(peliknya…)

KESAN JANGKITAN
Antara tanda jangkitan cacing ini ialah demam dan bengkak kelenjar yang berulang. Bagi kaum wanita pula, mereka mungkin mengalami masalah Anemia, sementara jangkitan pada kanak-kanak juga boleh menyebabkan mereka terencat. Tanda jangkitan yang akut pula ialah keradangan pada kulit, limfa dan salur limfa sebelum berakhir dengan kaki gajah yang kronik.
Bagaimanapun, bukan semua individu yang dijangkiti akan mengalami masalah Untut; ada yang hanya dilanda demam Filariasis. Sama ada seseorang itu akan dijangkiti Untut atau hanya sekadar demam Filariasis sahaja, bergantung kepada daya tahan terhadap penyakit seseorang individu itu.Ia juga bergantung kepada berapa banyak cacing yang mati di dalm badan perumahnya, jika kaki bengkak dan besar, menandakan cacing dewasa yang mati adalah banyak.
Bahagian kaki yang membesar itu sebenarnya disebabkan reaksi sel terhadap sisa badan cacing yang membuatkan ia membahagi dengan cepat dan akhirnya membentuk lapisan sel berlebihan.Akibatnya, kaki kulit akan menjadi berlapis-lapis, tebal dan berlipat sehingga kaki akan kelihatan hodoh. Untut juga bukan penyakit keturunan kerana ia tidak akan menjangkiti anak-anak jika ibu bapa mereka terbukti ada menghidapnya.

ADAKAH ANDA BERISIKO?
Mereka yang berpotensi dijangkiti penyakit ini ialah penduduk kawasan pedalaman yang tinggal berhampiran sungai atau kolam yang kotor, kawasan di mana terdapat banyak tumbuhan keladi bunting serta kawasan aliran airnya adalah perlahan.Turut berisiko ialah kawasan yang tidak mempunyai sistem pembentungan yang sempurna sepeerti kawasan setinggan. Oleh kerana ia sering menyerang penduduk kawasan yang kurang membangun, maka terdapat dakwaan tidak bertanggungjawab yang mengaitkannya sebagai penyakit orang miskin.(tak baik laa..)

RAWATAN
Dahulu, proses diagnosis penyakit ini adalah sukar kerana cacing parasit ini mempunyai sifat yang hanya boleh dikesan pada waktu malam. Bagaimanapun, kini melalui teknologi terkini, kehadiran larva boleh dikesan melalui ujian darah ke atas antigen cacing parasit. Bagi mereka yang sudah dijangkiti penyakit ini, antara ubat-ubat yang biasanya digunakan ialah Diethylcarbamazine (DEC) yang merencatkan perkembangan larva cacing di dalam badan perumah, manakala Albendazole pula khas untuk membunuh cacing dewasa.Melalui rawatan sempurna, ia boleh mengatasi masalah kulit disebabkan reaksi sel terhadap sisa badan cacing, mengurangkan beban jangkitan. (Jadi..masih ada peluang untuk sembuh lah ,ya..)Mencegah adalah lebih baik dari merawat.
Justeru, langkah terbaik adalah untuk menjaga kebersihan kawasan tempat tinggal kita. Eloklah hapuskan tempat pembiakan nyamuk seperti tayar lama, botol, pasu, perangkap semut dan sebagainya. Ramai antara kita yang kini mempunyai landskap berkolam di laman rumah , tapi mesti berhati2 lah , ya. Sekiranya kolam-kolam ini tidak dipantau kebersihannya, kelak ia akan memerangkap pemiliknya apabila menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Di kawasan-kawasan kampung pula, kolam-kolam tinggal juga hendaklah kembali diusahakan dengan menternak ikan daripada dibiarkan sahaja menjadi tempat pembiakan pelbagai nyamuk. (takut gak!)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Jom Tukar Link::

KLIK INI UTK KONGSI LINK BLOG ANDA!!

JOM FOLLOW