Wednesday, November 10, 2010

Mudahnya edit gambar dengan PICNIK.COM

Mari belajar mengedit gambar dengan cantik, gebuss, gabungkan gambar, bingkaikan, letakkan tulisan dan pelbagai lagi dengan PICNIK.COM!

Mengedit gambar bukan shja daripada perisian yang terdapat dalam komputer malah boleh juga diedit daripada laman web yang tertentu. Sebenarnya terdapat banyak perisian mengedit gambar dan salah satunya adalah PICNIK.COM..

Langkah - langkahnya :
Taipkan www.picnik.com dan klik pada butang 'Get started now!'


Kemudian klik pada butang 'upload a photo' di mana butang ini berfungsi untuk anda memilih gambar yang hendak diedit..!


Satu tetingkap akan keluar di mana tetingkap tersebut perlu untuk anda memilih gambar untuk diedit. Setelah memilih gambar, klik pada butang 'Open' untuk memasukkan gambar anda ke laman Picnik.com


Kemudian gambar anda akan dipaparkan pada laman edit. Nombor yang terdapat pada gambar di bawah adalah untuk kemudahan anda mengedit.


1 - Auto Fix : gambar akan diedit secara automatik dan akan terdapat sedikit perubahan sahaja.
2 - Rotate     : berfungsi untuk memutarkan gambar anda mengikut kemahuan anda sendiri. Jika ada menarik butang pada straighten, saksikan sendiri perubahan nya! hehe.. jika sudah berpuas hati dgn gmbr maka tekan OK dan jika xmahu tekan CANCEL je...
3 - Crop       : berfungsi untuk memotong gambar yang anda perlukan shj..jika anda mahu bahagian muka sahaja maka anda perlu menyeretkan hujung kotak dgn saiz yg ditentukan oleh anda sendiri..tekan OK..
4 - Resize     : berfungsi untuk mengubah saiz gambar anda...jika gmbr terlalu besar, ubahkannya kpd 500 pd kotak yg dihitamkan..ubah ikut kemahuan anda...klik OK..
5 - Exposure: berfungsi untuk mengubah gambar anda menjadi lebih gelap atau cerah dgn seretkan butang..
6 - Colors    : sama seperti exposure
7 - Sharpen  : berfungsi untuk menjelaskan gambar yang kabur..seretkan butang sharpness..
8 - Red-eye  : berfungsi untuk mata anda..hanya klik pada bahagian mata untuk melihat perubahan..

UNDO - tekan jika ingin undur

Pada laman create terdapat pelbagai tab yang boleh anda pilih untuk mengedit gambar anda.. Ada yang boleh meletakkan sticker yang mengandungi pelbagai corak kartun, bunga dan dsb. Letakkan tulisam, bingkai dan yang paling penting iaitu mengubah warna gambar, melembutkan dan mcm2 lagi...!! Terokailah!!


Apabila hendak mengedit, tekan pada gambar katak hehe..kemudian gambar anda akan berubah mengikut mod yang dipilih.. jika tidak mahu perubahan itu tekan CANCEL dan jika mahu tekan APPLY ..


Fungsi butang seret adalah untuk anda melaraskan tahap mod yang digunakan...
Pada mod yang terdapat perkataan PREMIUM adalah mod yang perlu dibeli...jadi jika xmahu beli, guna je yang xde pkatan tuh...bintik2 hitam, jerawat juga boleh dihilangkan dengan mod Blemish Fix...


Setelah selesai mengedit, pergi ke tab Save  Share dan namakan fail anda ke nama lain. Laraskan saiz gambar mengikut kemahuan anda.. Seretkan butang Quality ke 10 untuk kualiti gambar yang baik dan akhir sekali tekan Save Photo..! Kemudian uploadkan ke fb!! hehehehe


Jika hendak gabungkan gambar, pergi shj ke COLLAGE pada laman HOME!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Jom Tukar Link::

KLIK INI UTK KONGSI LINK BLOG ANDA!!

JOM FOLLOW