Saturday, January 29, 2011

Hati-hati ketika membeli barangan untuk masak Spaghetti....!!


Orang kita bab makan …….
makan dulu tgk kemudian……. 
oleh itu kita yg beragama Islam di mestikan menyemak label bahan-bahan yg digunakan pada sesuatu produk yg di hasilkan sekiranya was-was jangan beli....
perlu diingatkan makanan mempengaruhi anak2 kita......


Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sauce tomato yang
digunakan untuk memasak speghetti mestilah hati-hati.

Kat bwh adalah cerita seseorang yang dah makan Prego neh..

Semalam,setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee speghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah. Bila speghetti dah selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya, umi daging kecil yang masin sedikit itu daging apa? Si abang Salim pun jawab rasanya macam keju balls......dikunyah rasa asin-asin.

Anak saya Kamal makan sampai dua pinggan, sedap sangat spegetti Ummi masak dan kebetulan pula memang favouritenya, saya cuma sepinggan kecil sekadar nak rasa. Setahu saya sauce speghetti biasanya tomato dan kadang-kala ada mushrooms tetapi yang ini lain sedikit......

saya pun bergegas ke dapur, pergi lihat botol sauce yang diberi nama Italian Sausage for Speghetti keluaran PREGO made in USA ..

Ligat mata baca label pada botol, hati dah tak sedap, tekak rasa mual macam orang hamil.


Tiba-tiba terlihat 
INGREDIENTS: tomato,bla-bla,bla-bla..... ... pork minced meat!

Astaghfirullaahalaziim........ ........ saya masak speghetti dan saucenya mengandungi babi. Yang dah termakan babi semuanya terperanjat!

Yang nak diet anak perempuan Maryam dan adik lelaki Muhammad terselamat kerana mereka makan nasi. Kuah sauce spegetti dengan kualinya sekali saya buang..

Yang tertelan spegetti babi terludah-ludah kesal tak sudah. Semoga Allah ampun dosa kerana alpa untuk membaca ingredients sebelum membeli. Saya kira sauce tomato manalah ada taruh daging babi........ ......... kata orang tua-tua mimpi makan daging babi nak dapat REZEKI tapi kalau makan bukan dalam mimpi apa nak jadi? 40 hari doa tidak dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram.

ASTAGHFIRULLAAHALAZIIM. Siapa-siapa ada air zam zam mintalah sedikit, saya nak bersihkan perut yang termakan babi...... tolonglah sampai sekarang rasa jijik dan mual. Taubat tak nak masak spegetti lagi.

p/s: berhati-hatilah..klu xnk was2...mkn aja mknan yg kita mmg selalu mkn mcm nasi...xyahlah nak mkn mknan barat2 neh....klu nak juga...bek msk sendiri sos untuk spaghetti...bkn susah pon!

1 comment:

Anonymous said...

termakan tak mengapa. tak perlu pakai air zam-zam. cukuplah sekadar basuh mulut :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Jom Tukar Link::

KLIK INI UTK KONGSI LINK BLOG ANDA!!

JOM FOLLOW