Friday, February 18, 2011

Tentera Bahrain membunuh kanak-kanak di Bulatan Mutiara...



Khamis lalu, tentera Saudi dan polis Bahrain menyerbu penunjuk perasaan yang berkampung di Bulatan Mutiara tengah Manama dalam usaha meniru 'gaya revolusi' di Tunisia dan Mesir. Demonstran yang membawa kanak-kanak bersama tidak menyangka pihak berkuasa Bahrain tergamak menembak gas pemedih mata sebelum menembak membabi buta ke arah penunjuk perasaan pada pukul 3 pagi.

Lebih 15 orang terkorban syahid termasuk lima orang kanak-kanak, menjadikan jumlah korban kepada tujuh orang sejak Isnin lalu. Adalah amat menyayat hati apabila tentera menghalang pasukan perubatan yang cuba menyelamatkan mangsa-mangsa yang rebah-rempah dibunuh. Ekoran dari kecelakaan tersebut lima menteri kabinet Bahrain meletakkan jawatan tanda membantah keganasan polis.

Bahrain merupakan penempatan armada tentera laut Amerika di Teluk Parsi dan amat strategik dalam mengawasi Republik Islam Iran.

p/s: semakin takut nak hidup...kanak2 ni lgsg xtahu apa..nape lah nak dibunuh... T___T

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Jom Tukar Link::

KLIK INI UTK KONGSI LINK BLOG ANDA!!

JOM FOLLOW