Penyanyi Yuna yang kini sibuk dalam promosi EP terbaru di US telah digemparkan dengan artikel rakan media Beautifulnara pagi tadi berkenaan isu fesyen tudungnya yang terbaru. Kami difahamkan, blog tersebut menegur fesyen tudung Yuna yang kelihatan semakin pelik sejak kebelakangan ini.
Hasil siasatan krew, kami mendapati bahawa gambar-gambar tersebut tidak’lah keterlaluan seperti yang disangkakan. Pada kami, Yuna tetap kelihatan anggun & sopan walaupun gemar memperagakan fesyen tudung dalam pelbagai variasi. Tidak keterlaluan kami katakan, kalau teguran Beautifulnara sebenarnya tidak mencapai misi yang sebenarnya. Sedangkan ramai lagi artis seksi lain seperti Miera Liyana yang boleh ditegur, mengapa Yuna juga yang dipilihnya?
Kami faham, Yuna kelihatan agak kecewa apabila isu fesyen tudungnya disalah ertikan. Niat hatinya, gambar-gambar tersebut dikongsi di Tumblr untuk tatapan peminat, tetapi telah menjadi isu negatif pula.
Rakan media Beautifulnara pula menyuarakan rasa bersalah kerana menggunakan gambar tersebut, sehingga menyebabkan Yuna delete web Tumblr. Katanya, dia sekadar menegur Yuna secara ikhlas & tidak berniat untuk menjatuhkan sesiapa.
Apa pun Yuna & Beautifulnara, semoga korang dapat berbaik semula. Jangan terasa hati lama-lama.
2 comments:
everybody has the right to say whatever they want.. or express how ever they want in the form of fashion, words or action..
tak salah pon yuna pakai macam tu I rasa, she look muslimah, she look beautiful and matured.. kenapa ramai orang nak melenting and menuding jari pada Yuna? its like she's the only good muslimah left in the world and she's the downfall of every other muslimah (yes, I've read it somewhere about this) sangat-sangat melampau la mulut-mulut orang .
teguran itu ada betulnya.
menutup aurat bukan setakat memakai tudung di kepala. bukan setakat tutup saja.
ketat pun tak boleh.
Pendek kata, tak kira artis ke, atlet ke, doktor ke, cikgu ke, selagi beragama Islam, terikat dengan peraruran menutup aurat.
mari sama-sam kita fahamkan konsep aurat =)
Post a Comment