Showing posts with label dunia. Show all posts
Showing posts with label dunia. Show all posts

Sunday, April 10, 2011

Tanda-tanda kiamat semakin hampir....


1. Penaklukan Baitulmuqaddis...Dari Auf b. Malik r.a. katanya,

Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah..

2. Zina bermaharajalela.

“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” - Sahih Muslim

~ dah nampak dah..

3. Bermaharajalela alat muzik.

“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab, “Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi wanita” - Ibnu Majah

~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik..

4. Menghias masjid & membanggakannya.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” - Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah..

5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.” - Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu…

6. Ramai orang soleh meninggal dunia.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama’ yg tinggal…

7. Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia” - Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada..

8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” - Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pun tak bertegur sapa…

9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara anda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)..

10. Bulan sabit kelihatan besar.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” - Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok..

11. Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar-akhbar harian & majalah yang popular sekarang nie…

12. Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.” - Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq..

13. Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai” - Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji.. Mina dah kene banjir..

Wallahu a’lam

Tuesday, April 5, 2011

Rahsia disebalik Simbol Misteri dan Mesej Infeksi..

Salam 1Malaysia,


Kalau korang rajin Blogwalking, mesti korang akan terperasan artikel2 blog kononnya bertemu atau terjumpa simbol misteri seperti di atas di merata2. Ada yang melihatnya melalui cahaya lampu KLCC, ada yang melihatnya pada badan ikan, di jalanraya, di youtube, malah ianya telah muncul juga di media massa seperti di televisyen dan akhbar arus perdana. Simbol apakah itu? Dari manakah sumbernya? Siapa pemiliknya?

Ini ditambah lagi dengan misteri Flash Message yang mengatakan ‘Infeksi akan merebak ke seluruh negara‘. Tapi yang peliknya, mesej itu hanya diterima oleh pelanggan Celcom. Adakah simbol dan mesej itu berkaitan?


Kehadiran simbol dan mesej misteri itu telah menimbulkan tanda tanya orang ramai. Infeksi apakah yang bakal melanda? Kenapa di Malaysia? Ada kaitan ke dengan virus atau radiasi yang hangat diperkatakan di kala ini? Yang pastinya, kehadiran simbol dan mesej misteri itu telah menjadi tajuk perbualan.


Dari awal lagi aku dah agak ianya adalah satu gimik iklan. Pertama, sebab ianya menggunakan Flash Message yang banyak digunakan oleh pengiklan besar. Kedua, sebab artikel2 di blog menggunakan gambar yang sama dan isi penceritaan yang juga sama. Sudah tentulah ianya dari Sponsored Post atau pun Advertorial. Ketiga, ianya muncul di TV dan akhbar arus perdana yang semestinya bayaran pengiklanannya juga besar. Kalau begitu, dah tentulah pengiklannya bermodal besar. Keempat, hanya di Malaysia dan pengguna Celcom.


Kesimpulannya dan sepertimana yang dijangka, ianya adalah dari Celcom yang akan memasarkan produk baru mereka yang akan dilancarkan tidak lama lagi iaitu Flash Message Percuma. Jika tak percaya, korang tunggu jelah berita pelancarannya. Tak pun korang boleh lihat pendedahan dari BeliaMuda hasil dari pencariannya.


Simbol infeksi2 150x150 Rahsia disebalik Simbol Misteri dan Mesej Infeksi..Nak tengok pemilik mesej infeksi? —-> Klik Sini
Nak tahu cara nak buat mesej infeksi? —-> Klik Sini
Nak join Group FBnya? —> Klik Sini
Nak tengok lagi banyak lambang misteri? —> Klik Sini


Simbol misteri kat sawah di Utara Malaysia mcm EDIT je??...apa pandangan anda..


cuba tgk betul2....
lopak air yang sama...
putih mcm burung bangau pada kedudukan yang sama...
pokok kelapa yg sama...
awan yg sama...
padahal simbol misteri neh baru beberapa hari je...
sedangkan gambar yg ATAS tu pada thn 2008 mengikut laman web ini (KLIK SINI)..
sbb laman web ni post gambar neh pd thn 2008...
kenapa mcm nak main2 je hah??
apa simbol tu??
ckp je lah...

p/s: nasib baik rakan2 shelly kat fb mention tu gunung apa...then shelly search image gunung keriang...tgk2 kuar gambar yg serupa dgn gambar yg ada simbol...tengs ye...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Jom Tukar Link::

KLIK INI UTK KONGSI LINK BLOG ANDA!!

JOM FOLLOW