Showing posts with label tsunami jepun. Show all posts
Showing posts with label tsunami jepun. Show all posts

Thursday, March 24, 2011

HEBAT! Jepun bina semula jalan dalam masa 6 hari..!!

Gambar sebuah jalan raya Jepun yang terbelah ini kerana kekuatan gegaran gempa bumi pada 11 Mac lalu.

Sekarang apa yang mengagumkan dunia ialah bagaimana kemampuan negara matahari terbit itu untuk membina semula jalan raya itu dengan pantas, sekaligus menunjukkan kemampuan bangsa itu untuk kembali berdiri walaupun diselubungi pelbagai dugaan dan cabaran.

Kerja-kerja pembinaan semula Great Kanto Highway di Naka itu bermula pada 17 Mac dan siap sepenuhnya enam hari kemudian seperti asal. Ia kemudiannya dibuka untuk lalu lintas malam semalam.

Kembali semula...: Inilah Great Kanto Highway yang hancur kerana gempa bumi pada 11 Mac - tetapi dibaiki semula hanya dalam masa enam hari.

Ramai pekerja di Jepun telah kembali bekerja semula dan beberapa syarikat di kawasan paling teruk dilanda gempa bumi dan tsunami telah dibuka kembali.

Pemulihan kembali Jepun telah mendorong beberapa pelabur, termasuklah Warren Buffett dari Amerika Syarikat, salah seorang terkaya di dunia yang menyatakan bahawa bencana yang telah mengorbankan 23,000 nyawa dan masih hilang itu merupakan 'kesempatan membeli' di pasaran wang.

Kredit : AP

Sunday, March 20, 2011

Gambar Maria Ozawa @ Miyabi hanyut dalam Tsunami....

gambar Maria yang dicrop dan ditampal..padahal neh gambar budak mangsa Tsunami...

Baru-baru ini satu lakaran kartun dari Malaysia dikatakan mempersendakan tsunami yang berlaku di Jepun. Kini ada satu lagi gambar yang memaparkan Miyabi iaitu pelakon lucah Jepun yang menjadi terkenal di Indonesia hanyut dibawa arus - malaysiasensasi.net

Ribuan kereta Nissan dan Infinity berterabur menjadi kalimah Allah selepas Tsunami Jepun...


Gambar dari AFP selepas dipusingkan, maka akan kelihatan seperti kalimah Allah SWT

  • Ribuan kereta Nissan dan Infiniti yang sedia untuk diedarkan kepada sejumlah penjual kereta di Jepun dan untuk dieksport ke beberapa negara kini berterabur selepas disapusapu tsunami. Tsunami menyapu 1,300 unit kereta Infiniti dan 2,300 unit kereta Nissan. Dari foto yang mengambil oleh AFP, menunjukkan ribuan kereta tersebut berselerak seperti mainan dan beberapa yang nampak seperti dibakar.


  • Gambar dari AFP selepas dipusingkan, maka akan kelihatan seperti kalimah Allah SWT


  • Bencana yang berlaku mungkin disebabkan amalan penduduk dunia yang kini kian teruk bahkan lebih teruk dari haiwan. Di Malaysia sendiri kita boleh tengok dari survey yang dibuat ke atas pelajar universiti, hampir majoritinya pernah buat seks tanpa ikatan yang sah.



  • Friday, March 18, 2011

    [Video] Tanah bumi bergerak, air keluar dari dalam tanah semasa gempa bumi Jepun

    Video menunjukkan pergerakan bumi ketika gempa bumi berlaku dan air dari perut bumi yang membuak buak keluar ketika tanah bergerak gerak. Seriusly aku tengok rasa semacam ja. Lelaki yang rakan ni rilek je kan?




    gilerr arr gerak gerak sampai macam tu tanah. Moga Malaysia diauhkan dari segala bencana,.


    sumber

    Wednesday, March 16, 2011

    Orang Indon lebih risaukan Maria Ozawa ekoran Tsunami di Jepun...


    11 Mar - In an immediate response to the massive earthquake and tsunami that has hit Japan in the past few hours, a strange development in the Twitterverse is a high number of Indonesian well-wishers posting their concerns for Japanese pornstar Maria Ozawa. 

    A simple search on the popular social media revealed that the most recent tweets bearing her name are all in the Indonesian language, ranging from "Moga2 kamu baik2 shj" ("I hope you are okay") to "Smoga kmu bisa menyelamatkan diri" (Hope you can save yourself") and "Tuhan selamatkan Maria Ozawa" ("God protect Maria Ozawa"), with some mention of other famous AV models as well from the island nation.

    Of French-Canadian and Japanese ancestry, the 25-year-old beauty, often called 'the perfect woman in porn' due to her uncommon exotic looks, has gained notoriety in Indonesia after Maxima Pictures signed her in an Indonesian comedy called "Menculik Miyabi" in 2009, which incensed the authorities in the Islamic republic who vowed to bar her from entering the country.
    She reportedly had to complete the movie in Tokyo and had the plot of the movie changed.
    Her most recent film, "Hantu Tanah Kusir" was secretly shot in Jakarta and Bali and was released 25 November 2010. It is still playing in a few screens at the time of writing. 

    With the release of a provocative trailer and a behind-the-scenes video featuring her in black underwear, "Hantu Tanah Kusir" has also secured release in Malaysia, although only at one screen - Kota Kinabalu's Growball Cinemax in Sabah, East Malaysia. A Singaporean release is not known at the time of publishing.

    Source
     
    Sudut Apa kehalnya: Hahaha....org2 di indonesia sana sgt risau tentang "artis" diorang yg ni.Tak caya pergi la cek twitter2 depa.Minah ni skunk dah selalu sgt berlakon dlm filem kat indonesia ni. Arituh berlakon dlm movie "menculik miyabi". Skunk dier blakon citer antu pulak. No wonder la ramai org indonesia di sana syggg kat minah ni..Pasal minah ni kita takyah elaborate la kat sini sapa dia sebenarnyaaa pasal korang pun mesti ramai jugak yg taw sapa dia ni..OPPPPSSS. Kalo la dia jadi mangsa tsunami kat sana agak2 bukan org indon jer concern tapi ramai lagi lelaki2 kat negara  lain yg concern jugakkk..hahahahaha..sudah2 tutup topic ni cepat2 bahaya kang ;)

    Tuesday, March 15, 2011

    Jutaan Ikan menyerang Pantai Acapulco..kesan dari Tsunami Jepun..

    Di tepi pantai Acapulco di Mexico, jutaan ikan memenuhi persisiran pantai seakan² tompok tumpahan mintak. Jika dilihat secara dekat. Anda akan dapat melihat jutaan ikan sardin, ikan teri, dan ikan kembung melonjak² di sepanjang pantai tersebut. Persoalannya .. adakah ini kesan dari gegaran gempa bumi dan tsunami di Jepun ? Siapa tahu !

    Macam tompokan minyak! 

    Seorang lelaki cuba menangkap ikan mengunakan sauk

    Cuba untuk menghampiri kumpulan ikan terbabit

    Jutaan ikan !

    Dapat tangkap ikan seekor pun.. jadi la !
     


    Nahas nuklear Jepun di paras enam...!


    PARIS, 15 Mac — Pihak berkuasa keselamatan nuklear Perancis hari ini berkata keseriusan nahas nuklear loji Fukushima Daiichi di Jepun, milik Tokyo Electric Power, hari ini mencecah paras enam.
    Skala antarabangsa yang digunakan ialah satu hingga tujuh.
    Semalam, ASN memutuskan malapetaka itu di tahap lima atau enam.
    Loji itu terletak 240 kilometer ke utara Tokyo.
    Paras tujuh hanya digunakan sekali iaitu iaitu membabitkan loji Chernobyl di Ukraine pada 1986.
    Nahas di loji tenaga nuklear Three Mile Island di Amerika Syarikat pada 1979 hanya diklasifikasikan sebagai lima.
    Awal hari ini Perdana Menteri Jepun mengesahkan kebocoran radioaktif di loji itu manakala hampir 200,000 orang dipindahkan. — Reuters

    [Video] Kejadian Pusaran Air di Jepun...



    sesungguhnya kiamat lebih dasyat dari ini..
    ini hanya sebahagian dari kiamat besar...
    mmg bahaya kapal tu...
    apalah nasib manusia yang ada kat kapal tu...
    huhu

    Tsunami di Jepun telah dinyatakan dalam Al-Quran...


    jangan sampai malapetaka datang baru nak taubat
    ombak yang dikatakan setinggi 10 meter...dasyat..


    Assalamualaikum, okay entri ini agak panjang, tetapi wajarlah kita yang beragama islam baca dan hayati dan fahami maksud entri ini. taknak komen takpe, share aja.

    1. Tarikh yg berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
    2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
    3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.
    4. Dan bulan 4.

    Rahsia angka tahun ini : Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.

    Rujuk di Quran.

    1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan

    “Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya”.

    2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

    so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.

    di ambil pula lokasi latititude dan longitude.

    3+6+1+3+8 = 21
    so next 2+1 = 3
    proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

    Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38’15 dan Longtitude 140’53

    makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
    so next 3+0 = 3.
    *proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

    3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

    msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

    so 1+4+4+6 =15
    so next 1+5 = 6
    *proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

    4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

    5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.

    6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.
    7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya
    8. WauAllahhu Allam.

    Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat.



    Monday, March 14, 2011

    Luahan hati seorang pelajar di Jepun mengenai Tsunami...


    petikan dari BeautifulNara..emel yang dihantar dari seorang pelajar di sana kepada abang Nara...
    saya niat nak sebarkan apa yang dikatakan oleh pelajar ni ttg lawak beritaharian dan fizz fairuz yang betul2 menyakitkan hati...

    mmg apa yg dikatakan oleh pelajar neh mmg betul2 wat saya sedih dan mengenang nasib penduduk di sana...
    jom baca sama2

    Assalamulaikum abg.nara, 
    Saya seorang pelajar di jepun yang kini sedang dalam keadaan berjaga-jaga atas segala macam kemungkinan buat mase sekarang. pertamanya, terima kasih yang tidak terhingga kepada abg.nara kerana membaca email ini. tujuan saye bagi abg.nara email ni adalah untuk abang nara dapat bantu sebarkan kepada umum akan hal ini. kerana saya tahu betapa berpengaruhnya beautifulnara ini ^ ^
     Berkenaan kejadian di jepun, abg.nara banyak laporkan pada umum dan kami di sini ucapkan terima kasih sangat3. antara kronologi yang berlaku, gegaran sekuat magnitud 9.0 pada petang jumaat lalu di kawasan timur jepun, dengan tsunami setinggi 10meter, diikuti gegaran sekuat magnitud 6.6 berpusat di utara nagano pada awal pagi sabtu lalu.
     Selepas itu diikuti dengan letupan reaktor pertama di nuclear power plant pertama di fukushima pada hari sabtu (jepun ade 2 nuclear power plant, di mane setiap power plant ade 6 unit reaktor) dan pada hari ini, baru sahaja tadi jam 11 jepun, reaktor ketiga pada nuclear power plant yang sama telah meletup. di kedua-dua letupan, radioaktif tersebar ke udara dan ianya merisaukan semua orang di sini walaupun kadar radioaktif yang tersebar tidak membunuh. sehingga kini, dalam 160 orang dianggarkan telah terkena kesan radioaktif tersebut. 
     Berkenaan gegaran, di kawasan timur jepun, gegaran yang agak kuat dan menakutkan beberapa kali terasa sehingga hari ini sejak jumaat lalu, dan di kawasan berhampiran, gegaran kecil masih berlaku sehingga saat ini. buat masa ini, ada pelajar di kawasan timur jepun yang masih berlindung di tempat perlindungan bagi tujuan keselamatan.
     Dengan ancaman gempa bumi, tsunami, letupan nuklear, dan terbaru ancaman gunung berapi di kawasan selatan jepun, kami sangat berharap agar rakyat malaysia sama-sama mendoakan keselamatan kami di sini.
     Di sebalik kerisauan yang kami rasakan, terselit rasa kecewa dalam diri kami terhadap sebahagian mereka di malaysia. seperti yang abg.nara laporkan, berita harian membuat lawak bangsat terhadap ape yang berlaku di sini, begitu juga fizz fairuz yang perangai hampeh gile dengan mempermainkan kejadian ini.
    Mane pergi sensitiviti dan nilai kemanusiaan mereka? mereka tak tahukah betapa sedih kami di sini melihat saudara jepun kehilangan ahli keluarga, kehilangan rumah dan kenderaan, kehilangan kampung, kehilangan segalanya. cari mak tak jumpa, cari ayah, cari ahli keluarga.. tiada. dan mereka terpaksa menelan ketentuan bahawa ahli keluarga mereka telah dihanyutkan tsunami. tangisan yang tak berkesudahan :,(
     Dan mereka yang bangsat ini boleh buat main lagi keadaan ini? kalau mereka gunekan alasan bahawa nak menunjukkan bahawa ultraman ape semua tiada kuasa, yang berkuasa hanya Allah, dakwah cara ape yang kau gunakan?? dakwah perlu beradab, bukan biadap macam kalian. nak bercakap tentang Islam konon.. saya boleh katakan saya jamin bahawa orang jepun yang tidak beragama ini, lebih banyak nilai Islam dari kebanyakan orang islam malaysia sendiri.
     Lagi satu, mereka ini (berita harian & fizz fairuz) mungkin tiada ahli keluarga yang berada di jepun samada yang belajar atau bekerja. mereka takkan tahu betapa risau, betapa gusarnya perasaan ahli keluarga kami di malaysia. sewenang-wenang membuat lawak bodoh macam haram.. agak-agakla wei.. ade batas kot dalam apa jua yang kita lakukan.
    Kami jugak kecewa dengan perangai sebahagian rakyat malaysia. ape yang ditulis ustaz hasrizal ini perlu sangat3 dijadikan titik tolak untuk rakyat malaysia berfikir, muhasabah diri, dan ubah mentaliti.. tolonglah.. baca, faham, dan bertindak untuk berubah. mentaliti rakyat malaysia telah sangat rosak. (saye tidak cakap semua, saya maksudkan sebahagian yang terlibat).
    Lihatlah,. pemimpin malaysia asyik sibuk dengan kerisauan ekonomi bila jepun kena camni. mane pergi nilai kasih sayang sesama manusia?? orang jepun bukannya kafir harbi yang perlu diperangi. mane pergi sensitiviti kalian? kamonla, peka sikit wahai pemimpin sekalian. padanlah malaysia kita kini, pemimpin kencing berdiri, rakyat kencing berlari pun sikit kau tak ambil peduli…
     Saya mohon, rakyat malaysia sekalian, sedarlah. di sebalik apa yang berlaku ini, terlalu banyak yang Allah nak ajar kita semua. beringatlah, masa yang dijanjikanNya telah semakin dekat. hiburan melampau yang disajikan di negara kita telah banyak merosakkan mentaliti masyarakat kita. telah tiba masenya kita semua sedar.. sebelum berlaku pada negara kita kejadian sebegini, berubahlah. beringatlah.. peliharalah diri, peliharalah ahli keluarga kalian daripada menjadi bahan bakar api neraka (66:6).
     Maaf kerana email ini panjang abg.nara. saya rase saye perlu katekan perkara ini atas rase keprihatinan saye kepada semua warga malaysia yang saya kasihi.
     Terima kasih selagi lagi abg.nara sebab bace email saye ini.
     * saye tidak minta email ini disiarkan, saye biarkan ianya pada penilaian abg.nara utk siarkan atau tidak. saye tahu abg.nara seorang yang sangat sensitif dan peka dengan hal-hal sebegini. jika disiarkan, saye tidak minta sebarang kredit. ini adelah sekadar untuk membuka minda umum.


    P.S: Langit tak selalunya cerah. Mana tau satu hari nanti negara kita pula ditimpa bencana besar. Jangan sampai masa itu tak ada negara nak tolong kita kerana sikap kita saat ini.

    Sunday, March 13, 2011

    Berita Harian buat lawak bodoh tentang Tsunami Jepun, Malaysia tanggung malu


    inilah karikatur yang menunjukkan ultraman lari dari tsunami yang melanda Jepun.Dihasilkan oleh Zoy.  Berita Harian sepatutnya lebih sensitif dengan isu isu macam nie. Bukan boleh buat main main. Kalau nak buat lawak bodoh pun, kena fikir kesan jangak masa panjang. Tindakan ni bukan saja memalukan syarikat akhbar tersebut tapi memalukan Malaysia jugak di mata dunia. Sedangkan negara lain bersedih dengan tragedi tu, Berita Harian senang senang boleh buat lawak bodoh tu .

    Dan yang buruknya, berita ni dah boleh dibaca di seluruh dunia sebab dah tersiar dalam CNN. Berita penuh boleh klik  Malaysian newspaper pokes fun at recent tsunami disasters


    Dan ini petikan dari MalaysianInsider berkaitan kes ini


    KUALA LUMPUR, 13 Mac — Kumpulan Berita Harian memohon maaf ekoran tindakan menyiarkan karikatur mengisahkan kejadian tsunami dan gempa bumi di Jepun dalam edisi Berita Minggu hari ini, yang ramai menganggap ia tidak menghormati keperitan rakyat negara itu.

    Dalam mesej yang disiarkan menerusi Facebook petang tadi, pengaragnya berkata: “Berita Harian memohon maaf dengan penyiaran karikatur mengenai kejadian tsunami dan gempa bumi di Jepun dalam akhbar Berita Minggu hari ini.

    “Pihak kami tidak berniat langsung untuk mempersendakan bencana yang menimpa negara itu, sebaliknya amat bersimpati dan berkongsi kesedihan dengan rakyat Jepun.”
    Karikatur yang disiarkan di halaman 24 menunjukkan superhero Jepun “Ultraman” lari lintang-pukang bagi mengelak ditelan gelombang tsunami.

    Jepun dilanda gempa bumi paling buruk dalam 140 tahun kelmarin dan disusuli tsunami.
    Lebih 1,600 orang sudah disahkan mati dan 10,000 lagi dikhuatiri hilang.

    Pengarang Kumpulan Berita Harian Datuk Mior Kamarul Shahid, yang mempunyai kolum peribadi di halaman yang sama, juga memohon maaf menerusi mesej akaun Twitternya sekitar 3 petang tadi.

    Beliau antara lain berkata, “(saya) mengelak (hadir) satu lagi majlis kahwin, kena bergegas ke pejabat. Tak boleh telan nasilah. Kami buat satu kesilapan besar. Minta maaf kepada setiap orang.”

    Penerbitan karikatur yang dihasilkan oleh “Zoy” mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk pemimpin-pemimpin politik Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat meminta akhbar itu memohon maaf.

    Satu lagi mesejnya berbunyi “salam. Berita Harian sudah meminta maaf dan kesal. Mengaku terlepas pandang.”

    Pengarah Komunikasi PRK Nik Nazmi Nik Ahmad dalam mesej Twitternya minta mereka yang mengecam penyiaran karikatur itu supaya menandatangani petisyen protes terhadap akhbar tersebut.

    Naib Presidennya Nurul Izzah Anwar pula berkata, “isu kartun Berita Minggu amat mendukacitakan, langsung tidak mewakili rakyat Malaysia yang bersama merasai keperitan yang dihadapi rakyat Jepun.”

    Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula menulis “malang sekali kartun tsunami itu diterbit di bawah kolum Pengarang Kumpulan (Berita Harian) sendiri.”

    minta maaf memang senang tapi benda dah jadi, dah dipublish ke seluruh dunia dah pun. Cuba bayangkan kesan benda kecil yang bodoh ni pada Malaysia?



    Anugerah Bintang Popular Berita Harian dah nak dekat. Jangan sampai kena banned sudah. Nanti malu!!So berfikir sebelum bertindak. Jangan bertindak sebelum berfikir. Itu dipanggil bodoh sombong. Renung renungkan!!



    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    ::Jom Tukar Link::

    KLIK INI UTK KONGSI LINK BLOG ANDA!!

    JOM FOLLOW