Salam 1Malaysia,
Kalau korang rajin Blogwalking, mesti korang akan terperasan artikel2 blog kononnya bertemu atau terjumpa simbol misteri seperti di atas di merata2. Ada yang melihatnya melalui cahaya lampu KLCC, ada yang melihatnya pada badan ikan, di jalanraya, di youtube, malah ianya telah muncul juga di media massa seperti di televisyen dan akhbar arus perdana. Simbol apakah itu? Dari manakah sumbernya? Siapa pemiliknya?
Ini ditambah lagi dengan misteri Flash Message yang mengatakan ‘Infeksi akan merebak ke seluruh negara‘. Tapi yang peliknya, mesej itu hanya diterima oleh pelanggan Celcom. Adakah simbol dan mesej itu berkaitan?
Kehadiran simbol dan mesej misteri itu telah menimbulkan tanda tanya orang ramai. Infeksi apakah yang bakal melanda? Kenapa di Malaysia? Ada kaitan ke dengan virus atau radiasi yang hangat diperkatakan di kala ini? Yang pastinya, kehadiran simbol dan mesej misteri itu telah menjadi tajuk perbualan.
Dari awal lagi aku dah agak ianya adalah satu gimik iklan. Pertama, sebab ianya menggunakan Flash Message yang banyak digunakan oleh pengiklan besar. Kedua, sebab artikel2 di blog menggunakan gambar yang sama dan isi penceritaan yang juga sama. Sudah tentulah ianya dari Sponsored Post atau pun Advertorial. Ketiga, ianya muncul di TV dan akhbar arus perdana yang semestinya bayaran pengiklanannya juga besar. Kalau begitu, dah tentulah pengiklannya bermodal besar. Keempat, hanya di Malaysia dan pengguna Celcom.
Kesimpulannya dan sepertimana yang dijangka, ianya adalah dari Celcom yang akan memasarkan produk baru mereka yang akan dilancarkan tidak lama lagi iaitu Flash Message Percuma. Jika tak percaya, korang tunggu jelah berita pelancarannya. Tak pun korang boleh lihat pendedahan dari BeliaMuda hasil dari pencariannya.
Nak tengok pemilik mesej infeksi? —-> Klik Sini
Nak tahu cara nak buat mesej infeksi? —-> Klik Sini
Nak join Group FBnya? —> Klik Sini
Nak tengok lagi banyak lambang misteri? —> Klik Sini
3 comments:
hihi dah agak dah ,
sbb haritu keluar kat tv3 .
hihi . thankyou shelly darling
laaa! iye ke.. aku ingtkan apa daa! haish
saya link entry saya kesini oke.. =)
link:
http://quraishahir.blogspot.com/2011/04/lambang-sekadar-gimik-jerrr.html
thankz untuk info tue.. :)
Post a Comment