Saturday, November 13, 2010

PANAS...!! Gambar Nabil Raja Lawak dan ehem ehem..betul ke??




Tersentak kami bila mendapat keratan akhbar yang menampilkan adegan cium mulut sepasang kekasih seperti Nabil & Qasha sebentar tadi.
Walau bagaimana pun, Nabil menafikan kedua-dua individu tersebut ialah wajahnya & Qasha. Seperti yang kami jangkakan, teknik superimpose menjadi alasan paling cliche oleh selebriti ini.
Kemungkinan besar, alasan yang diberikan oleh Nabil itu ada benarnya – Photoshop kini versi CS5.
Kredit foto : Ieyra

Nik Zaris Uqasha atau dikenali sebagai Qasha, 18, yang juga kakak kepada pelakon Zaris Nelydia (tengah hot dalam drama Ahmad Durrah) menjelaskan dia juga tidak pernah terlintas untuk merampas Nabil daripada Irma sebagaimana yang digambarkan.

Malah Qasha yang juga seorang pelakon baru turut memberitahu dia amat kesal kerana dikatakan menjadi penyebab hubungan Nabil dan Irma putus.

“Saya kesal dan kecewa apabila ramai pihak yang menuduh saya sebagai punca perpisahan Nabil dan Irma. Ramai yang menyangka saya adalah individu yang terlibat seperti yang diceritakan Irma dalam akhbar Ahad lalu.

“Di sini saya jelaskan, pramugari yang dikatakan memakai boxer di rumah Nabil seperti yang dilaporkan itu bukannya saya.

“Saya tidak pernah bekerja sebagai pramugari. Dakwaan itu sama sekali tidak benar. Saya harap semua masyarakat faham dan tidak membuat tuduhan membuta tuli terhadap saya,” katanya secara ekklusif kepada Mingguan mStar baru-baru ini.

Qasha yang turut membintangi drama berjudul Sultan Alauddin Riayat Shah terbitan TV Al-Hijrah turut memberitahu bahawa dia tertekan apabila dijadikan subjek utama dalam insiden tersebut.

“Sebagai pendatang baru sudah tentu ia merupakan dugaan besar buat saya. Belum pun dikenali sebagai artis orang sudah memberi persepsi buruk kepada saya.

“Walhal hakikat sebenarnya tidak seperti yang mereka gambarkan. Saya sedih dan takut dengan pandangan masyarakat terutamanya peminat-peminat Irma dan Nabil,” katanya.

Jelas Qasha dia sama sekali tidak mengenali pramugari yang didakwa menjadi punca masalah itu dan tidak mahu campur tangan dalam kemelut perpisahan kedua-dua pasangan tersebut.

Lebih menyedihkan gambar-gambar yang tersebar antara dia dan Nabil seolah-olah memperlihatkan Qasha adalah wanita yang dikaitkan dalam insiden Irma “menyerbu” ke rumah Nabil itu tetapi hakikatnya ia adalah satu insiden yang berlainan.

“Saya mengenali Nabil melalui kawan atas kawan. Itupun selepas sebulan dia berpisah dengan Irma. Perhubungan kami hanya seperti kawan biasa dan tiada hubungan istimewa. Gambar mesra yang tersebar itu juga ketika kami keluar beramai-ramai.

“Tentang pramugari seperti yang dilaporkan dalam akhbar minggu lalu itu, Nabil pun tidak menceritakan kepada saya. Bagi saya ia hal peribadi Nabil dan saya tidak masuk campur,” katanya.

mStar Online

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Jom Tukar Link::

KLIK INI UTK KONGSI LINK BLOG ANDA!!

JOM FOLLOW