Showing posts with label couple. Show all posts
Showing posts with label couple. Show all posts

Thursday, April 14, 2011

Awal kata Scha beli kereta guna duit sendiri...yeke??


PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari menjelaskan kereta mewah jenis Audi Q5 yang bernilai lebih RM300,000 dibeli sendiri oleh kekasihnya, Scha Al-Yahya.

Awal berkata, dia tidak mampu memberikan kereta itu sebagai hadiah untuk seorang kekasih kerana harganya yang mahal.

"Saya tidak mampu menghadiahkan sebuah kereta mewah seperti itu. Hal ini hanyalah spekulasi semata-mata dan ia tidak patut diperbesarkan kerana boleh membahayakan diri Scha sendiri.

"Dalam masa yang sama ia menunjukkan saya seorang pelakon yang hidup sedangkan rasanya, Scha lebih berkemampuan daripada saya. Saya harap penjelasan ini dapat menutup spekulasi yang dilemparkan," katanya yang ditemui di sidang akhbar Tiger Futbol Starz musim kedua di Restoran Ecoba, PJ Trade Center, di sini, Rabu.

Awal membuat penjelasan tersebut berikutan tersiarnya gosip di sebuah akhbar tabloid harian yang mengatakan Scha menerima sebuah kereta Audi Q5 yang diberikan oleh Awal sebagai hadiah dengan menggunakan nombor pendaftaran empat digit.

Bagaimanapun, jelas Awal lagi, Scha sedikit terkilan apabila laporan gosip berkenaan turut menyiarkan nombor plat kereta tersebut.



"Dia agak marah kerana nombor plat disiarkan. Saya faham perasaannya kerana paparan nombor plat itu seperti kita memaparkan nombor telefon kepada umum.


"Maklumlah, sekarang ini macam-macam perkara buruk boleh terjadi dan spekulasi ini boleh membahayakan Scha. Manalah tahu kalau ada yang mengekorinya daripada belakang kereta tanpa sedar.


"Lagipun siapa yang tidak sakit hati apabila sesebuah benda itu dibeli hasil daripada titik peluh sendiri yang kemudiannya disensasikan?” ujarnya.


Sementara itu, kata Awal, dia sedang merancang untuk berkahwin dengan Scha pada tahun ini atau pada tahun depan.


"Setakat ini ada perancangan untuk mempercepatkan perkahwinan kami. Tetapi buat masa ini, jadual kami agak padat dengan karier masing-masing.


"Tambah pula, kedua-dua belah keluarga mahu ikatan perkahwinan ini mengikut adat. Pastinya ia mengambil sedikit masa," tuturnya.


Sumber mstar.com


Monday, February 21, 2011

Bila anak Menteri Malaysia bersosial.......

 




uikss..Henekenn tuuuuu selambe badak je...
  


anak sapa lah neh??
sosial xhengat dunia....
ish ish ish..

nak tau anak sapa??
--
--
--
dikhabarkan inilah
Anak DATUK SERI NAZRI AZIZ...
xtau lagi sapa??
sape dato seri nazri ni


tentulah menteri dari UMNO!!
ish ish ish...
gi search google...

Monday, December 27, 2010

Tanda LELAKI benar-benar jatuh cinta...!!

” female n male.. zaman skang boy lagi manja dari gurl “
Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejtkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya.
Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.
Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:
1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya. 
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.HARGAILAH MEREKA
Kepada semua wanita yang bertuah menerima cinta sebegini dari seorang lelaki… Hargailah mereka seadaanya… kerna jika seorang lelaki itu menangis ditinggalkan teman wanitanya, lihatlah, bertapa bodohnya wanita itu…
+ Artikel diambil dari Justkhai.


DAN LELAKI YANG SUKA AMBIL KESEMPATAN ADALAH BUKAN JENIS YANG BENAR-BENAR MENCINTAI ANDA...!!!


Lelaki yang mencintai pasangannya akan menghargai kekasihnya sehingga hendak bersentuhan pun rasa terlalu sayang kerana dia tahu setelah kekasihnya itu berkahwin dengannya, maka itu baru menjadi milik mutlaknya.... itu baru dinamakan BENAR-BENAR sayang dan cinta...

manakala,

lelaki yang suka mengambil kesempatan itu tergolong dari jenis yg tidak serius kerana dia tidak tahu hukum hakam agama yang melarang pasangan melakukan sesuatu di luar batasan pergaulan...
nak cerita panjang neh...
papepon tgklah senarai di atas neh ada x pada TEMAN LELAKI anda... 

^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Jom Tukar Link::

KLIK INI UTK KONGSI LINK BLOG ANDA!!

JOM FOLLOW