Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Friday, May 13, 2011

Video bakal isteri ke-4 Salih Yaakob buka rahsia...

Jeng-jeng inilah dia bakal si isteri kepada pelawak Salih Yaacob. Budak uitm tu ha. Nama dia Emi jerk, simple kat video ni. Mereka berdua diwawancara oleh portal HarianMetro baru-baru ni. Memang lah buat liputan meluas sebab ini bakal isteri ke-4 Salih. Jarang selebriti berbini 4 ni. Title-title Datuk pun susah nak kahwin 4 ni. Hai dunia-dunia, asal mampu zahir dan batin cukuplah..


Sunday, May 1, 2011

Adi Sixth Sense dengan kekasihnya...


khabarnya ni bakal isteri Adi..
wahh tahniah la ye...

Friday, April 29, 2011

Siti Sarah isteri Shuib dah mengandung...


uishhh...lama xhapdet blog neh...
yela final exam kan..
last sem lak tuh..
kikiki..

k la ..
papepon TAHNIAH kat Sarah sbb dah mengandung...
sebenonya shelly dok tunggu bila Siti Nurhaliza nak ngandung...
Sarah baru kahwin dah ngandung...
Siti belum lagi...
emmm...

Tuesday, April 19, 2011

Kris Dayanti mengaku sudah hamil 4 bulan selepas sebulan bernikah....

Perkahwinan Kris Dayanti dengan suami adalah pada 20Mac 2011 iaitu sebulan yang lalu. tapi hari ni, heboh kisah KD mengaku  hamil 17minggu atau 4bulan. Apa cerita?mana timbul lagi 3bulan berbaki sebelum menikah?Kiranya bunting pelamin la ni?dan bunting anak luar nikah.




Krisdayanti (KD) sedang mengandung anak pertama dari pernikahan keduanya dengan Raul Lemos. Ketika diawal kehamilan, anehnya Raul yang mengidam.
"Yanti tidak mengidam apa-apa. Malah Raul yang mengidam," ungkap sahabat KD, Iis Dahlia.(macam rileks je kan?)

Menurut Iis, KD gembira dengan kehamilan anak pertamanya dari Raul. Apatah lagi, mantan isteri Anang Hermansyah itu memang menginginkan seorang anak dari Raul.

"Ya, dia gembira. Inikan khabar baik. Semua orang yang nikah pasti menginginkan anak. Apalagi mereka ingin memiliki seorang anak," tukasnya.   (baca betul2 ayat yang diBOLDkan. Suka ek dia?rileks je buat pengakuan)

Pada mulanya KD dikhabarkan sedang hamil dua bulan, sedangkan pernikahan belum genap sebulan sejak akad nikah di Masjid Sahid Nurul Iman, Hotel Grand Sahid Jaya, Jakarta, 20 Mac 2011.

Namun muncul pengakuan KD di salah satu tabloid bahawa dirinya benar sedang hamil. Bukan 2 bulan, tapi 17 minggu iaitu 4 bulan.(MENGAKU SENDIRI TUH?tanpa segan silu )

dan ini pulak pengakuan KD berkaitan isu tersebut : sumber

Tegasnya, hal itu sudah pun terjadi dan dia serta suaminya terima ketentuan itu dengan hati yang terbuka

"Kehamilan ini sudah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul pula cerita yang tidak betul. Kononnya, saya gugurkan anak," katanya.
maknanya memang betul la anak luar nikah?aduhh. Dia ni Islam kan?dah la public figure. Tunjuk pulak contoh tak betul . Aku rasa la kan, kalau di Malaysia mau dah kena macam macam dah lepas buat pengakuan berani mati cam tu. Dah la di Indonesia taraf KD ni dah Diva macam Datuk CT kat Malaysia. tak leh bayangkan kalau CT mengaku macam ni, apa orang akan fikir?(sebagai contoh. CT tak macam tu kan?) 

p/s : macam maca hal. Orang zaman sekarang dah tak segan buat benda tak baik.Seronok ja dia buat.  Benda baik segan nak buat. Tak seronok katanya. .TAK FAHAM!!Suka hati la nak buat apa pon.

Thursday, April 14, 2011

Awal kata Scha beli kereta guna duit sendiri...yeke??


PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari menjelaskan kereta mewah jenis Audi Q5 yang bernilai lebih RM300,000 dibeli sendiri oleh kekasihnya, Scha Al-Yahya.

Awal berkata, dia tidak mampu memberikan kereta itu sebagai hadiah untuk seorang kekasih kerana harganya yang mahal.

"Saya tidak mampu menghadiahkan sebuah kereta mewah seperti itu. Hal ini hanyalah spekulasi semata-mata dan ia tidak patut diperbesarkan kerana boleh membahayakan diri Scha sendiri.

"Dalam masa yang sama ia menunjukkan saya seorang pelakon yang hidup sedangkan rasanya, Scha lebih berkemampuan daripada saya. Saya harap penjelasan ini dapat menutup spekulasi yang dilemparkan," katanya yang ditemui di sidang akhbar Tiger Futbol Starz musim kedua di Restoran Ecoba, PJ Trade Center, di sini, Rabu.

Awal membuat penjelasan tersebut berikutan tersiarnya gosip di sebuah akhbar tabloid harian yang mengatakan Scha menerima sebuah kereta Audi Q5 yang diberikan oleh Awal sebagai hadiah dengan menggunakan nombor pendaftaran empat digit.

Bagaimanapun, jelas Awal lagi, Scha sedikit terkilan apabila laporan gosip berkenaan turut menyiarkan nombor plat kereta tersebut.



"Dia agak marah kerana nombor plat disiarkan. Saya faham perasaannya kerana paparan nombor plat itu seperti kita memaparkan nombor telefon kepada umum.


"Maklumlah, sekarang ini macam-macam perkara buruk boleh terjadi dan spekulasi ini boleh membahayakan Scha. Manalah tahu kalau ada yang mengekorinya daripada belakang kereta tanpa sedar.


"Lagipun siapa yang tidak sakit hati apabila sesebuah benda itu dibeli hasil daripada titik peluh sendiri yang kemudiannya disensasikan?” ujarnya.


Sementara itu, kata Awal, dia sedang merancang untuk berkahwin dengan Scha pada tahun ini atau pada tahun depan.


"Setakat ini ada perancangan untuk mempercepatkan perkahwinan kami. Tetapi buat masa ini, jadual kami agak padat dengan karier masing-masing.


"Tambah pula, kedua-dua belah keluarga mahu ikatan perkahwinan ini mengikut adat. Pastinya ia mengambil sedikit masa," tuturnya.


Sumber mstar.com


Wednesday, March 16, 2011

Mizz Nina dan Noh Hujan nikah 1 Julai 2011


Memilih tanggal 1 Julai 2011 sebagai tarikh pernikahan, Mizz Nina & Noh Hujan mempunyai masa kurang daripada dua bulan untuk membuat persiapan perkahwinan.
Biarpun masing-masing sibuk dengan kerjaya, Mizz Nina mengakui dia dan Noh tetap meluangkan masa untuk duduk berbincang mengenai hal perkahwinan yang kini sudah hampir siap sepenuhnya.
Akan dinikahkan pada 1 Julai tahun ini, Mizz Nina dan Noh akan diraikan dalam tiga majlis resepsi iaitu pada pada 3 Julai di Hotel Shangri-la, yang dibuat khas untuk kenalan VVIP, pada 6 Julai di Hotel Double Tree, untuk meraikan kawan rapat dan para media dan pada 15 Julai di Miri, Sarawak untuk keluarga Noh di sana.

Wednesday, March 9, 2011

Gambar Siti Nurhaliza di perkahwinan adik lelakinya, Ali

sumber : sini

Siti Nurhaliza dan keluarganya di majlis perkahwinan adik lelakinya Ali dan pasangannya Zura...






















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Jom Tukar Link::

KLIK INI UTK KONGSI LINK BLOG ANDA!!

JOM FOLLOW