Showing posts with label nama jepun. Show all posts
Showing posts with label nama jepun. Show all posts

Sunday, March 13, 2011

Loji di Jepun meletup, anggaran 80,000 org dikhuatiri terkorban...



TOKYO - Ketika pihak berkuasa Jepun melaporkan lebih 80,000 orang dikhuatiri terkorban akibat gempa bumi dan tsunami terburuk dalam tempoh 140 tahun kelmarin, penduduk negara matahari terbit itu kini berdepan pula dengan kebocoran radioaktif yang boleh membawa maut.

Kebimbangan tersebut tercetus apabila sebuah akhbar di sini melaporkan bangunan Stesen Tenaga Nuklear Fukushima Daiichi 1 milik Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) meletup semalam.
Keadaan mencemaskan itu memaksa kerajaan Jepun memindahkan 45,000 penduduk ke tempat lain yang lebih selamat.




Gambar kemusnahan di Jepun yang terkini...

Sudah hampir 3hari gempa bumi berukuran 8.9 skala richter meranapkan beribu rumah di Jepun dan tsunami yang datang selepas gempa tersebut mengahnyutkan beribu rumah, kereta dan manusia. Takziah diucapakna kepada mangsa mangsa yang terlibat dan keluarga yang kehilangan saudara dalam tragedi tersebut.
berikut adalah gambar gambar kemusnahan semasa dan selepas dilanda tsunami.



saat kedatangan tsunami besar yang melanda Jepun


rumah rumah yang terbakar semasa gempa bumi


kapal terbang yang dihanyutkan dari Lapangan Terbang Sendai Airport


sisa rumah dan kenderaan bertimbunan selepas dilanda tsunami




gambar saat tsunami menghentam pesisir pantai Iwanuma, Wilayah Miyagi, timur laut Jepun. 




pusaran air berdekatan Kota Oarai semasa berlakunya tsunami


lapangan Terbang Sendai ditenggelami air laut


kilang yang runtuh semasa kejadian gempa bumi 8.9 skala richter
sumber : anastasyea



Sunday, February 20, 2011

NGERI 18SG! Ulat dalam Kepala ..!!!

Warga emas tersebut bernama Shota Fujiwara dan berasal daripada negara Jepun. Beliau adalah penggemar Sushi & Sashima sejak daripada kecil lagi. Sehinggalah dalam lingkungan umur 60 tahun, beliau telah merana akibat sakit dalam kepala yang didakwanya migrin. Setelah tiga tahun lamanya menanggung kesakitan dan mengalami Psychomotor Retardation, beliau mengalah dan berjumpa doktor. Lalu doktor menjalankan X-ray untuk memastikan apa penyakit yang dihadapi oleh beliau. Doktor terperanjat apabila terdapat benda-benda kecil yang dipercayai ulat di kepalanya, tetapi bernasib baik kerana ia masih tidak menembusi tempurung kepalanya.

Doktor terus melakukan pembedahan untuk membersihkan kepala encik Shota.




Pasti para pembaca tertanya-tanya dari mana datangnya ulat-ulat tersebut. Sebenarnya ulat-ulat tersebut datang daripada pemakanan encik Shota iaitu gemar memakan Sushi & Sashima yang mentah. Ulat-ulat tersebut mungkin datang daripada daging ikan dan makanan laut lain yang tidak dimasak terlebih dahulu. Sepatutnya, setiap makanan yang mentah hendaklah dimasak pada suhu 100 darjah celsius dan dibekukan pada 0-4 darjah celsius untuk mematikan kuman dan ulat yang sedia ada di dalamnya.

Oleh itu, kepada penggemar Sushi & Sashima, berhati-hatilah ketika mahu menjamah. Pastikan makanan tersebut betul-betul masak dan selamat dimakan.


Friday, December 10, 2010

Nama-nama Jepun yang melucukan..!! kering gusi cik Shelly...

Kreatif betul laa sapa yang reka nama2 neh...
memang konfem lawak..
cik shelly baca sampai sepuluh kali pon asyik gelak terguling2 lagi..
haha ayat over..hehe


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Jom Tukar Link::

KLIK INI UTK KONGSI LINK BLOG ANDA!!

JOM FOLLOW