Showing posts with label shelly. Show all posts
Showing posts with label shelly. Show all posts

Monday, February 21, 2011

Saya Nak Join Entry Dalam Yuyu Zulaikha


kali neh shelly join YUYU ZULAIKHA plak...
siyes cakap dia memang sangat2 comel...
kalau boleh nak jumpa dia...hekhekhek
mata dia sangat lawa...
mcm mata anime...

nak join??

Thursday, February 17, 2011

SEGMEN KHAS UNTUK BLOGGER BARU : 100 FOLLOWER KE BAWAH


shelly suka dgn abang Ben yang suka segmen2 dgn blogger neh..
kali neh ada segmen utk followers 100 ke bawah..
yela followers shelly baru 80 org...
hekhekhek..
sesuai sgt nak join ye kan..
hihihi

nak join??
klik link bwh neh

Sunday, February 13, 2011

Kenapa perlu MARAH dan BENCI dgn blogger COPY PASTE??


Selalu kalau shelly blogwalking..selalu silent reader jer....hek hek hek  :P
selalu gak lah jumpa blog yang xleh right klik...
dan siap cakap lagi kalau nak copy paste xleh la apa la...

adoila...

shelly ada baca kat sum1 punya blog...
dia cakap fikirlah positif tentang blogger yang suka 'COPY' n 'PASTE' neh..
banyak benda positif sebenarnya..

1- Sharing is caring kan...tapi tgk gak bhan yang kita nak copy tuh..kalau yg nak di copy tu adalah cerita peribadi individu tersebut, takkanlah nak pi copy...kalau bahan yang umum tu ok lah...

2- Blog kan medium hebahan...jadi buat apa nak simpan dalam blog kau sorang je..nak wat pekasam?? kan lebih baik sebar untuk bacaan ramai...

3- Maklumat yang betul disampaikan...bila banyak blog keluarkan cerita yang sama, maknanya cerita tu betullah...mungkin dari pelbagai sumber dan pembaca juga boleh membandingkan cerita berkenaan...

4- Faedah BACKLINK PERCUMA (pautan balik)... maknanya bila blogger copy ada gak yang letak blog di mana sumber dia copy..automatik anda leh up kan traffik blog anda n bantu blog anda untuk up ranking dalam enjin carian...haaaa bagus tu kan..

5- Hubungan yang menguntungkan kedua2 belah pihak...yelah yang copy dapat bahan dan si pembagi copy dapat backlink...backlink ni kira pautan lah...ada kan LINK kat atas tu...klik n letak lah URL blog yg dicopy...xsusah aih..
^_^


Jadi.. kepada si copy..dah copy tuh jgnlah copy diam2 aje...letak lah link ke...atau kalau rasa agak kedekut sket letaklah 'sumber sini' pastu kalau pembaca nak klik ke x ke tu suka hati diorang lah..kita xleh kawal apa yg pembaca buat kan...hehehe

Sunday, January 23, 2011

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)..tarikh tutup 31 neh...cpt2!!


Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) akan melaksanakan urusan pengambilan jawatan Pembantu Am Pejabat Gred N1 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. 

1. Pembantu Am Pejabat Gred N1

KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Tarikh Tutup Permohonan: 31 Januari 2011



Kalau nak isi jawatan lain.... sila KLIK BORANG PERMOHONAN INI


Kalau nak tahu berapa tawaran gaji...sila TAWARAN GAJI

p/s: shelly pon xsabar nak keja neh...da jemu blajar..eh eh...haha

Tuesday, December 28, 2010

Negara 'Unknown' tgk blog shelly??

[klik gambar utk jelas]

Ni adalah nuffnang cik shelly...
tetiba terkejut ada negara UNKNOWN yang tgk blog cik shelly yg xsebeghape neh...

SIAPAKAH ANDA???....
hehehehe

nape negara anda nama Unknown??
apa negara anda baru wujud??
huhu...
ntahlah...

Thursday, December 16, 2010

Pengguna Facebook kini lebih kreatif

petikan dari Kosmo Online




MUKA SURAT artis Perancis, Alexandrea Oudin di laman Facebook kelihatan unik hasil daripada perubahan yang dilakukan oleh pengendali laman berkenaan.


PARIS - Profil bercorak artistik mula muncul di laman jaringan sosial Facebook selepas sejumlah pengguna mendapati reka bentuk baru itu boleh digunakan untuk menghasilkan imej yang bergaya, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang artis Perancis, Alexandre Oudin dipercayai merupakan pengguna pertama Facebook yang memuat naik gambar mukanya supaya ia kelihatan berpecah-pecah dan bertampal-tampal di laman berkenaan.
Facebook menambah baik profilnya pada awal bulan ini dengan menawarkan paparan visual lebih menarik kepada pengguna dengan tumpuan diberikan pada gambar penggunanya dan rakan masing-masing serta imej muzik selain filem kegemaran mereka.
Hasil kerja kreatif Oudin itu seiring dengan peraturan Facebook yang tidak membenarkan laman web berkenaan digodam.
Pengguna yang mahu menggunakan reka bentuk kreatif itu cuma perlu mengubah susun atur gambar mereka di dinding Facebook. - Agensi
Shelly pun da cuba tapi shelly letak nama Shelly's Story aje...amacam cool x??
hehehehe... 
bukan sekadar nama je tau...sekali warna siap berton2 gitu...haaa...

Bwh neh fb adek shelly...nama dia Hisham... so yg ni shelly wat kan utk dia..hehe


yang 2 gambar kat bwh neh diambil dari Liyana Lunia



so.. kalau nak tau cam mana nak wat..


tapi shelly xcuba wat pun.. yg fb shelly tuh shelly just upload gambar dlm album n tukar pic profile untuk setiap gambar...sehinggalah last sekali baru letak gambar profile....huhu..jenuh ooo

Friday, December 10, 2010

Nama-nama Jepun yang melucukan..!! kering gusi cik Shelly...

Kreatif betul laa sapa yang reka nama2 neh...
memang konfem lawak..
cik shelly baca sampai sepuluh kali pon asyik gelak terguling2 lagi..
haha ayat over..hehe


Wednesday, December 8, 2010

Kelebihan Isteri Tak Cantik.....

Isteri  tak berapa nak cantik? Jangan risau kerana sesungguhnya isteri cantik bukan jaminan keluarga bahagia. Kebahagiaan tak pernah ditentukan oleh kecantikan. Bahkan, ada juga suami yang terpaksa menceraikan isterinya cantik. Lihat sajalah selebriti-selebriti wanita di Malaysia yang cantik bercerai juga. Dari segi wajah, penampilan, karier, wang… apa yang kurang dari selebriti-selebriti tersebut?

[gambar dari carian google]

Inilah beberapa kelebihan mempunyai Isteri yang tak berapa nak cantik:
LOW COST
Dia tidak demand ke salon-salon mahal. Treatment muka dan macam-macam lagi jarang dilakukan. Bersolek sekadar seadanya pakai bedak yang biasa-biasalah.


Kos fitness, diet menguruskan badan, sedut lemak, menghilangkan selulit, buat rambut, pakaian branded, dan macam-macam lagi. Mahal tu!


LEBIH SAFE
Peluang wanita kurang cantik untuk curang lebih kecil. Kalau jalan-jalan shopping ke mall atau plaza, tidak akan ada yang “pewit”. Tidak ada yang kenyit-kenyit mata, minta nombor HP, alamat e-mail, Facebook, dan sebagainya.

RAJIN BEKERJA
Wanita cantik risau kulitnya hitam, terkena matahari,tangannya tebal, dan sebagainya. Orang cantik risau kalau mop lantai, apalagi kalau membersihkan halaman rumah. Malah enggan mencuci pakaiannya sendiri, semua hantar ke kedai dobi.


Isteri yang tak berapa nak cantik tidak segan-segan bekerja keras. Semua pekerjaan rumah, housekeeping, biasanya ditangani dengan baik. Tapi memang malang kalau isteri dah la tak berapa nak cantik, malas kerja, suka melawan pula. Hehehe….
LEBIH TAAT
Bukan nak mengatakan semua tapi kebanyakannya isteri yang cantik, kaya, terkenal, terang-terangan menolak status suami sebagai “ketua keluarga”.
RUMAH TANGGA KEKAL
Isteri yang tak berapa nak cantik umumnya sangat berkomitmen menjaga keutuhan keluarga sehingga maut memisahkan. Tak ada fikiran untuk berpisah.


Cuba kita lihat artis cantik yang senang bercerai kerana sudah banyak kumbang kaya yang menunggu di luar.
Walau apa pun suami pun penting juga, ada hati nak melihat isteri cantik, menarik dan sedap mata memandang tapi penampilan sendiri kurang dijaga terutama perut yang buncit spt orang mengandung tapi tak beranak-beranak huhu, serabai dan sebagainya. Lepas tu ada juga yang menceraikan isteri yang tak berapa nak cantik kerana tergoda dengan wanita yang lebih muda.
Isteri yang tak berapa nak cantik pun jangan lupa sentiasa menjaga penampilan diri supaya dari isteri tak berapa nak cantik kepada isteri yang cantik tapi jangan jadi senarai di atas sudah la.







Kecantikan seorang perempuan hanya untuk suaminya apabila sudah berkahwin..

Sunday, December 5, 2010

10 tabiat rosakkan otak......



1. Tidak mengambil sarapan pagi
  • Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
  • Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok
  • Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.
4. Penggunaan gula yang berlebihan
  • Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
  • Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
  • Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur
  • Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
  • Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
  • Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir
  • Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Thursday, December 2, 2010

Thanks follow blog Shelly...!! ^_^

Salam....

Tengs kpd sesiapa yang follow blog shelly yg xseberapa nih... bukan ada information yang disukai pun kan..
tapi entry shelly banyak berkisar tentang kehidupan masakini dengan peredaran masa yang dirasakan sangat pantas..dan perubahan yang berlaku pada manusia juga kian lama kian canggih dan pelik2...

jadi bukan hanya lirik lagu, blog review tapi pengajaran dan perkembangan semasa di blog nih cuba shelly terapkan bagi sesiapa yang ingin tahu ttg sesuatu... 
blog shelly nih banyak yang dtgnya dari carian google tentang sesuatu cerita..
tengs yer...



kadang2 tulis entry agakla sampai kering gini tinggal tulang rangka shj...ngengenge..
tapi rokok tu xlah... MEMBAHAYAKAN...!!


[gmbr kredit kepada enenz.blogspot]

kadang2 smpai nak bgi kuceng makan pun da lupa...bukan apa sj nak kasi kuceng tu puasa sunat...
haha..pdhl xbela kuceng pun sebnrnya...



alamaks kantoi lah...!!!
punya syiok dok serach isu2 terkini smpai ketagih la time tgh membuang pun nak guna laptop...
yela kite kena rajin blogwalking tau...
blogwalking jgn jadi silent reader jer...

RAJIN2 KASIK KOMEN TAU...

^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Jom Tukar Link::

KLIK INI UTK KONGSI LINK BLOG ANDA!!

JOM FOLLOW