Showing posts with label apa itu cinta. Show all posts
Showing posts with label apa itu cinta. Show all posts

Sunday, October 30, 2011

Hebatnya putus cinta...


sapalah yang suka mengalami perasaan putus cinta...
apa yang dirasakan sgtlah perit...
seolah2 kehilangan ahli keluarga yang amat-amat disayangi...
kerana kekasih itu adalah sebahagian daripada hidup..
yang mengharungi pelbagai suka dan duka..
namun takdir mengubah segalanya.....


menangis bukanlah jalan penyelesaian utk segalanya..
tapi menangis merupakan ubat yang menenangkan jiwa insan yang terluka..
nangislah sepuasnya...
namun, waspada lah pada kesannya..
kuatkan semangat menghadapi hidup yang tersisa ini..
harungi dgn kesabaran dan ketabahan seperti seorang ibu yg berjuang ketika melahirkan..



tak guna menyesali yang sudah terjadi..
mungkin ada hikmah yang tersembunyi hanya diketahui Allah yang Maha Mengetahui..
hati yang terluka pasti terubat..
dengan kesabaran yang Maha Agung..


jika dirimu dalam tekanan..
berwuduklah agar lebih tenang..
bersolatlah memohon kepada-Nya agar diberikan kekuatan..
bagi menghadapi hidup yang diamanahkan..
meneruskan sunnah yang menjadi bekalan akhirat..
hiduplah kerana-Nya...
lupakanlah segala yang melukakan hatimu...
sayangilah dirimu seperti seorang ibu yang menyayangi anaknya..
cintailah dirimu seperti seorang ibu mencintai suaminya...
tabahkan hatimu seperti seorang ibu tabah mengharungi getir hidup..
kuatkan dirimu seperti seorang bapa yang sanggup berkorban demi keluarganya....


Wednesday, February 9, 2011

Bad parenting.....haha

ciannya....belila stroller bayi tuh..adala keselamatan sket...syg nyawa ke syg duit??

mcm kejam jer...bek bagi budak tu berdiri..

yg neh lagi satu..x ke lemas budak tuh nnti...cuba bapak dia yg duk dalam tuh..tau rasa kot haa
neh mesti takot kantoi ngn skandal...hahahahakz

igt bw beg ke bw anak...sian btol anak tuh...malang btui..

yg neh xleh kata apa... besaq dah kot...hakhakhakz!!

Wednesday, December 8, 2010

Kelebihan Isteri Tak Cantik.....

Isteri  tak berapa nak cantik? Jangan risau kerana sesungguhnya isteri cantik bukan jaminan keluarga bahagia. Kebahagiaan tak pernah ditentukan oleh kecantikan. Bahkan, ada juga suami yang terpaksa menceraikan isterinya cantik. Lihat sajalah selebriti-selebriti wanita di Malaysia yang cantik bercerai juga. Dari segi wajah, penampilan, karier, wang… apa yang kurang dari selebriti-selebriti tersebut?

[gambar dari carian google]

Inilah beberapa kelebihan mempunyai Isteri yang tak berapa nak cantik:
LOW COST
Dia tidak demand ke salon-salon mahal. Treatment muka dan macam-macam lagi jarang dilakukan. Bersolek sekadar seadanya pakai bedak yang biasa-biasalah.


Kos fitness, diet menguruskan badan, sedut lemak, menghilangkan selulit, buat rambut, pakaian branded, dan macam-macam lagi. Mahal tu!


LEBIH SAFE
Peluang wanita kurang cantik untuk curang lebih kecil. Kalau jalan-jalan shopping ke mall atau plaza, tidak akan ada yang “pewit”. Tidak ada yang kenyit-kenyit mata, minta nombor HP, alamat e-mail, Facebook, dan sebagainya.

RAJIN BEKERJA
Wanita cantik risau kulitnya hitam, terkena matahari,tangannya tebal, dan sebagainya. Orang cantik risau kalau mop lantai, apalagi kalau membersihkan halaman rumah. Malah enggan mencuci pakaiannya sendiri, semua hantar ke kedai dobi.


Isteri yang tak berapa nak cantik tidak segan-segan bekerja keras. Semua pekerjaan rumah, housekeeping, biasanya ditangani dengan baik. Tapi memang malang kalau isteri dah la tak berapa nak cantik, malas kerja, suka melawan pula. Hehehe….
LEBIH TAAT
Bukan nak mengatakan semua tapi kebanyakannya isteri yang cantik, kaya, terkenal, terang-terangan menolak status suami sebagai “ketua keluarga”.
RUMAH TANGGA KEKAL
Isteri yang tak berapa nak cantik umumnya sangat berkomitmen menjaga keutuhan keluarga sehingga maut memisahkan. Tak ada fikiran untuk berpisah.


Cuba kita lihat artis cantik yang senang bercerai kerana sudah banyak kumbang kaya yang menunggu di luar.
Walau apa pun suami pun penting juga, ada hati nak melihat isteri cantik, menarik dan sedap mata memandang tapi penampilan sendiri kurang dijaga terutama perut yang buncit spt orang mengandung tapi tak beranak-beranak huhu, serabai dan sebagainya. Lepas tu ada juga yang menceraikan isteri yang tak berapa nak cantik kerana tergoda dengan wanita yang lebih muda.
Isteri yang tak berapa nak cantik pun jangan lupa sentiasa menjaga penampilan diri supaya dari isteri tak berapa nak cantik kepada isteri yang cantik tapi jangan jadi senarai di atas sudah la.







Kecantikan seorang perempuan hanya untuk suaminya apabila sudah berkahwin..

Sunday, December 5, 2010

30 sifat wanita yg kaum lelaki wajib tahu n fhm...!!!


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.


7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.


12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.


15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!


18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.


20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!



22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.


24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..




 27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Jom Tukar Link::

KLIK INI UTK KONGSI LINK BLOG ANDA!!

JOM FOLLOW