Showing posts with label kau ku sayang. Show all posts
Showing posts with label kau ku sayang. Show all posts

Wednesday, December 8, 2010

Kelebihan Isteri Tak Cantik.....

Isteri  tak berapa nak cantik? Jangan risau kerana sesungguhnya isteri cantik bukan jaminan keluarga bahagia. Kebahagiaan tak pernah ditentukan oleh kecantikan. Bahkan, ada juga suami yang terpaksa menceraikan isterinya cantik. Lihat sajalah selebriti-selebriti wanita di Malaysia yang cantik bercerai juga. Dari segi wajah, penampilan, karier, wang… apa yang kurang dari selebriti-selebriti tersebut?

[gambar dari carian google]

Inilah beberapa kelebihan mempunyai Isteri yang tak berapa nak cantik:
LOW COST
Dia tidak demand ke salon-salon mahal. Treatment muka dan macam-macam lagi jarang dilakukan. Bersolek sekadar seadanya pakai bedak yang biasa-biasalah.


Kos fitness, diet menguruskan badan, sedut lemak, menghilangkan selulit, buat rambut, pakaian branded, dan macam-macam lagi. Mahal tu!


LEBIH SAFE
Peluang wanita kurang cantik untuk curang lebih kecil. Kalau jalan-jalan shopping ke mall atau plaza, tidak akan ada yang “pewit”. Tidak ada yang kenyit-kenyit mata, minta nombor HP, alamat e-mail, Facebook, dan sebagainya.

RAJIN BEKERJA
Wanita cantik risau kulitnya hitam, terkena matahari,tangannya tebal, dan sebagainya. Orang cantik risau kalau mop lantai, apalagi kalau membersihkan halaman rumah. Malah enggan mencuci pakaiannya sendiri, semua hantar ke kedai dobi.


Isteri yang tak berapa nak cantik tidak segan-segan bekerja keras. Semua pekerjaan rumah, housekeeping, biasanya ditangani dengan baik. Tapi memang malang kalau isteri dah la tak berapa nak cantik, malas kerja, suka melawan pula. Hehehe….
LEBIH TAAT
Bukan nak mengatakan semua tapi kebanyakannya isteri yang cantik, kaya, terkenal, terang-terangan menolak status suami sebagai “ketua keluarga”.
RUMAH TANGGA KEKAL
Isteri yang tak berapa nak cantik umumnya sangat berkomitmen menjaga keutuhan keluarga sehingga maut memisahkan. Tak ada fikiran untuk berpisah.


Cuba kita lihat artis cantik yang senang bercerai kerana sudah banyak kumbang kaya yang menunggu di luar.
Walau apa pun suami pun penting juga, ada hati nak melihat isteri cantik, menarik dan sedap mata memandang tapi penampilan sendiri kurang dijaga terutama perut yang buncit spt orang mengandung tapi tak beranak-beranak huhu, serabai dan sebagainya. Lepas tu ada juga yang menceraikan isteri yang tak berapa nak cantik kerana tergoda dengan wanita yang lebih muda.
Isteri yang tak berapa nak cantik pun jangan lupa sentiasa menjaga penampilan diri supaya dari isteri tak berapa nak cantik kepada isteri yang cantik tapi jangan jadi senarai di atas sudah la.







Kecantikan seorang perempuan hanya untuk suaminya apabila sudah berkahwin..

Sunday, December 5, 2010

30 sifat wanita yg kaum lelaki wajib tahu n fhm...!!!


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.


7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.


12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.


15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!


18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.


20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!



22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.


24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..




 27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Tuesday, November 23, 2010

Gambar Siti Nurhaliza di Shout Awards 2010

Gambar Dato Siti Nurhaliza yang sangat cantek yang sangat2x shelly suka... she is gorgeous!!
gambar diambil dari budiey .. nak tgk pasal artis boleh ke budiey.com juge...








^_~

Friday, October 29, 2010

awak insan teragung yang saya miliki

awak....sejak mula perkenalan kita..saya akui saya suka pd rupa awak dan penampilan awak...mmgla saya xkenal awak lagi sbb tu sy melihat hanya dari luaran...saya nmpk awak matang dan saya begitu tertarik pada awak....sejak penemuan itu ketika di sekolah..saya tidak menyangka akan bertemu awak sekali lagi dalam frenster...mulanya saya tidak mengenali awak kerana tidak kenal...tetapi setelah diteliti dgn betul rupa2nya mmg awak...sy rs gementar dan mcm2 rs yg sy rs...lps tu sy menegur awak dan kita mula bersms kan kan kan....tapi sejujurnya saya bagitau saya xsuka msj...sy fhm awak jenis yang suka msj tapi saya x...sbb tu sy xsuka sgt bls msj smpai kdg2 awk marah saya....jujur sy ckp bunyi msj masuk pun sy da naik menyampah even sms tu penting..

setelah pelbagai perkara dan suka duka yang kita lalui bersama, saya rasa awak la pilihan hati saya untuk selamanya...kerana saya nmpk sikap tanggungjwb dlm diri awak...awak menganggap sy insan paling berharga dan saya merasakan yang diri saya 'terjaga' oleh seseorang selain keluarga saya....jujur saya cakap susah nak jumpa lelaki mcm awak skarang...dan saya juga berfikir kenapa saya perlu mencari lelaki lain dalam hidup sedangkan lelaki terbaik sudah ada di depan mata saya??...walaupun saya selalu kena marah dgn awak sbb berkomunikasi dgn lelaki lain tapi pada dasarnya saya tidak menaruh hati walau sikit pun kat depa...bukan saya xdak otak utk berfikir yang awak la yg mempunyai sikap dan ciri2 suami yang memang sy nak dan kenapa harus saya mencari yang lain??....hanya menambah lagi tension saya jika sy ada skandal ke apa ke....cuba pikir saya sekarang mmg da tension dgn keluarga yang sparuh hati je menerima saya...mcm nk x nk je...pastu nk ada skandal...dan awak lagi...mn mmpu saya nak tangani semua ni...hanya ada awak sj pun sy da cukup sengsara memikirkan cmna nk jaga hati n perasaan awak....pikirla sayang....saya hanya ingin ada awak..

tapi kenapa setiap kesalahan yang saya lakukan awak terlalu amik berat sehinggakan awak perlu mengugut saya??...saya tahu saya salah tapi bukan kah dgn menegur atau nasihat sudah lebih baik??....mmg la saya degil xmau dgr suma tu tapi apa gunanya kesabaran dan usaha??....adakah usaha untuk ugut tu je yang ada dlm fikiran awak??....awak xpk sy akan lebih tension dan mungkin bila2 masa ja tinggalkan awak buat selamanya??....

awak pun ada wat salah kan tapi bagaimana saya tangani cara utk marah awak??...saya tangani nya dgn sbr xde pun nk mrh awk sgt...sy fhm bila marah emosi akan jd xstabil dan bila xstabil apa sj boleh berlaku...misal kata jika kita da kahwin...awak marah dan tersebut kita cerai....kata2 da xleh nk undur balik dan ms tu kita hanya mampu terima kenyataan...pikirla sayang...

saya teramat sayangkan awak even awak tgk sy xberapa layan msj awak tu bukan makna rs sayang dan cinta dlm hati saya berkurang...x sama sekali....sy memikirkan pelbagai masalah dgn exam lagi...sy kurang fokus jadi sy hanya nak awak fhm keadaan yg menimpa saya dgn keluarga lagi....yela xkan dulu sy pernah wat kat awk jdi sekarang awak perlu bls dendam kat saya??.....itukah cinta??


Bukankah Semestinya
Cinta Yang Bisa Membuat Bahagia
Namun Kau Yang Tak Pernah Mahu Mengerti
Ertinya Cinta
Tak Habis Ku Berfikir
Sampai Bila Begini, Ku Menanti
Rasakan Indahnya Cinta
Ku Cuba Selalu Untuk Mengerti 
Tapi Tak Mampu Bertahan Lagi
Akanku Jalani Hidup
Mengabdi Cinta Yang Pantas Untukku
Ikatan Cinta Sudah Berakhir
Buah Hati kan Menjadi Saksi
Hanya Waktu Menemani
Biar Kenangan Tersimpan Dihati
Mengapa Pertengkaran Selalu Ada Antara Kita
Dan Begitu Mudahnya Kau Ucap Kata Ingin Berpisah
Seharusnya Kau Tahu, Takkan Semudah Itu
Bila Memang Kau Tulus Mencintaiku
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Jom Tukar Link::

KLIK INI UTK KONGSI LINK BLOG ANDA!!

JOM FOLLOW