Showing posts with label bunuh. Show all posts
Showing posts with label bunuh. Show all posts

Tuesday, April 12, 2011

Selamat dari terjun KB Mall, tapi meninggal dunia juga...


Gadis yang terselamat daripada bunuh diri itu akhirnya telah meninggal dunia di Hospital tersebut. Mengikut cerita orang disana, gadis itu telah meninggal dunia di hospital setelah meminum cecair clorox di tandas Hospital Kota Bharu. Rentetan daripada peristiwa itu, gadis itu sebenarnya mahu benar-benar untuk membunuh diri. Kenapa? Sebab apa?
Ini semua kerana tekanan perasaan yang telah dialami oleh gadis itu. Kenapa gadis itu tertekan? Dikatakan  gadis itu kecewa dengan kekasihnya kerana tidak mahu bertanggungjawab di atas kehamilan yang ditanggungnya keseorang  diri. Oleh hal demikian, itulah rupa-rupanya punca segala cubaan bunuh diri itu dilakukannya.
Baik Lelaki, Baik Perempuan..Semua sama. Lelaki itu pun gila! Dah buat tak nak tanggungjawab! Kan lagi elok klu ko je bunuh diri..
Hurmmm..aku harap berdasarkan info dan maklumat ini, dapat memberikan banyak pengajaran pada kita semua. Jadi, jauhkanlah semua ini dari kita..janganlah sesekali buat perkara maksiat dan seterusnya mati akal untuk tambahkan lagi dosa besar.
Apakah pendapat anda mengenai Isu ni sekali lagi?? Apakah perasaan korang apabila menerima berita gadis ni telah meninggal dunia disebabkan lelaki tak bertanggungjawab atas kehamilan tersebut?
P/S: Jauhilah pergaulan bebas dan dunia sosial realiti kini. Kerana itu, semua boleh terjerumus ke dalam dosa besar. Sekian~

Sumber 

Thursday, March 17, 2011

Abang kpd pelakon Janet Khoo mati DIBUNUH...!


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Abang pelakon Janet Khoo ditemui mati dibunuh
KUALA LUMPUR 16 Mac – Abang pelakon dan model popular, Janet Khoo ditemui mati dibunuh dalam keadaan badannya dibalut tilam manakala kakinya pula diikat di kawasan semak berhampiran Lembah Pangsun, Hulu Langat, dekat sini.
Menurut sumber, mayat Khoo Kim Leong, 47, seorang ahli perniagaan dari Kulim, Kedah, ditemui seorang lelaki yang terhidu bau busuk di kawasan tersebut pada pukul 11.40 malam, 6 Mac lalu.
Katanya, orang awam yang pada mulanya menyangka bau itu berpunca daripada bangkai haiwan bagaimanapun terkejut apabila menemui kaki manusia sebelum menghubungi polis.
“Difahamkan sebelum kejadian mangsa terlibat dengan satu pergaduhan dan kes itu dipercayai bermotifkan dendam.
“Mangsa dipercayai mati lebih daripada dua hari berdasarkan keadaan mayatnya yang berbau busuk.
“Kim Leong dipercayai dipukul, dicekik dan dipijak berdasarkan kesan lebam di beberapa bahagian badannya lalu dicampak di kawasan itu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Dalam pada itu, Janet Khoo ketika dihubungi hari ini mengesahkan kematian abang sulungnya daripada tujuh beradik.
Beliau yang masih bersedih dengan kejadian itu enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu mengganggu siasatan polis.
Sumber itu seterusnya berkata, setakat ini polis telah menahan dua suspek bagi membantu siasatan dan mereka mengenali antara satu sama lain.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

sumber: utusan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Jom Tukar Link::

KLIK INI UTK KONGSI LINK BLOG ANDA!!

JOM FOLLOW