Showing posts with label pelakon. Show all posts
Showing posts with label pelakon. Show all posts

Sunday, September 11, 2011

Perasan tak artis yang cerai selalu perempuan?

Secara ringkasnye lah kan... Kalau dilihat secara kasar, artis Malaysia yang banyak bercerai adalah terdiri drpd isterinya adalah ARTIS kan... Mungkin sbb si suami jeles yela bini cantik maka banyaklah mengundang kontroversi dan juga kecurigaan.


Tapi sekarang nih ada pasangan artis 'PASANGAN' okay, maknanya lelaki tu artis n perempuan pon artis, sapa lagi kalau bukan Norman Hakim n Memey...

Dikatakan wedding of the year, yelah harapan shelly nak nengok diorang bahagialah hendak-Nya...
Tapi sesetengah org kata klu diorang leh tahan khwin smpai banyk tahun, mmg syabas lah!

Akan tetapi, emmm kalau sebaliknya, korang pk lah sendiri, hekhekhek.

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN EK.

Thursday, March 17, 2011

Abang kpd pelakon Janet Khoo mati DIBUNUH...!


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Abang pelakon Janet Khoo ditemui mati dibunuh
KUALA LUMPUR 16 Mac – Abang pelakon dan model popular, Janet Khoo ditemui mati dibunuh dalam keadaan badannya dibalut tilam manakala kakinya pula diikat di kawasan semak berhampiran Lembah Pangsun, Hulu Langat, dekat sini.
Menurut sumber, mayat Khoo Kim Leong, 47, seorang ahli perniagaan dari Kulim, Kedah, ditemui seorang lelaki yang terhidu bau busuk di kawasan tersebut pada pukul 11.40 malam, 6 Mac lalu.
Katanya, orang awam yang pada mulanya menyangka bau itu berpunca daripada bangkai haiwan bagaimanapun terkejut apabila menemui kaki manusia sebelum menghubungi polis.
“Difahamkan sebelum kejadian mangsa terlibat dengan satu pergaduhan dan kes itu dipercayai bermotifkan dendam.
“Mangsa dipercayai mati lebih daripada dua hari berdasarkan keadaan mayatnya yang berbau busuk.
“Kim Leong dipercayai dipukul, dicekik dan dipijak berdasarkan kesan lebam di beberapa bahagian badannya lalu dicampak di kawasan itu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Dalam pada itu, Janet Khoo ketika dihubungi hari ini mengesahkan kematian abang sulungnya daripada tujuh beradik.
Beliau yang masih bersedih dengan kejadian itu enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu mengganggu siasatan polis.
Sumber itu seterusnya berkata, setakat ini polis telah menahan dua suspek bagi membantu siasatan dan mereka mengenali antara satu sama lain.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

sumber: utusan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Jom Tukar Link::

KLIK INI UTK KONGSI LINK BLOG ANDA!!

JOM FOLLOW